Cerita Jumaat lepas juga.
Selesai taklimat Matriks T4, barulah kami ke kelas Adik untuk ambil report card. Lambat tahun ni report card day SRAI. UPSA bulan 6 rasanya (tak ingat dah 😅) tapi bulan 8 ni baru dibuat perjumpaan ni. Adalah pelbagai kekangan khususnya dari segi masa yang membuatkan jarak UPSA dan Hari Bicara Prestasi ni jauh. Ummi pun tak ingat dah markah² Adik dapat hari tu :)
Sambil menunggu giliran, sempatlah berborak dengan ibu² kawan sekelas Adik. Adalah beberapa orang yang Ummi kenal rapat. Yang baru berkenalan pun ada. Seronok bertukar² cerita.
Alhamdulillah prestasi Adik membanggakan. Tapi kena usaha kuat lagi terutamanya subjek² agama. Kawan² Adik pun ramai dah mula tunjukkan prestasi sebenar esp boys, jadi Adik tak boleh leka. Kena usaha lebih 💪🏻
Bab tulisan pula Cg Z tegur, minta Adik kemaskan tulisan. Boleh kan Adik?
Yang baik² saja untuk semua hendaknya 🤲🏻
Bagus juga guna sistem giliran ni kan. First come first serve gitu. Alhamdulillah keputusan yang membanggakan. Terus usaha dan terus cemerlang adik.
ReplyDelete