Menu sarapan pagi minggu...
Kuah durian masih berbaki, pakat hirup sorang semangkuk. Minta Walid beli juga nasi lemak bungkus buat tambah². Bihun tu nampak sikit pulak bila dah digoreng. Hari ni ada jemputan kenduri, tak perlu masak lauk tengahari. Tuan rumah jemput dan pesan suruh datang satu keluarga. Jadi, anak⁴ pun ikut sekali.
Petang hantar Kakak balik asrama. Malam dia call tertinggal barang. Adoi la Kakak...
Catatan ringkas sahaja hari ni.
Nanti Ummi buat entry khas untuk kenduri hari ni, In Sha Allah.
