Ahad lepas Kakak tegur, "merahnya mata Ummi"
Tak perasan pun, tapi bila tengok cermin memang merah mata kiri Ummi ni. Ummi sekadar titiskan Eye Mo je, tak ke klinik pun. Isnin tu mata mula rasa gatal. Gatal ya amat! Kalau boleh nak garu sepuasnya tapi sebab mata ni sensitive jadi gosok² manja je la. Tapi ada ketika tenyeh² juga mata ni, tak tahan gatal 😅
Ummi tak ke klinik pun. Dah makin baik agaknya sebab mata dah tak merah tapi gatal tu masih ada. Hari ni bawa Adik ke klinik, jadi Ummi pun jumpalah Doc sekali. Doc tengok biasa je mata Ummi, takde merah² dan tak bengkak. Kalau mata merah tu conjunctivitis kata Doc. Mata Ummi ni dah tak bengkak dan merah sebab on road to recovery la kot., Dah hari ke-4 sakit. Tapi Ummi bagitau mata masih gatal. Doc bagi ubat titis dan pil untuk kurangkan gatal. Doc tanya, selalu tengok screen ke?
Adoi la, kantoi 🤭
Ubat Ummi 2 je. Selebihnya ubat Adik. Tonsil Adik bengkak, probably bacteria jadi Doc tak bagi antibiotics. Dekat kelas Adik ramai demam dan selsema, memang mudah berjangkit la sesama diorang ni.
Ummi pernah sakit mata yang teruk. Bukan gatal tapi sakit sampai berdenyut² mata tu. Bila sujud, rasa macam biji mata nak terkeluar. Dan sakitnya lama, prolonged. Sampai kena jumpa doctor pakar mata. Bila dah lega sakit mata tu, kesannya mata Ummi jadi silau sangat. Bila tengok lampu waktu malam esp lampu jalan, imej jadi kembang. Tak nampak lampu tu tapi nampak objek yang kabur dan silau (macam tengok bunga api). Lama ye ambil masa untuk mata Ummi pulih semula.
Mudah-mudahan kembali sihat 🤲🏻
Seksa tu kalau gatal-gatal. Kita ni geram je nak tenyeh² kan. Tapi tak bagus untuk mata. Semoga cepat baik kedua-duanya. Aamiin.. Kena rehat dulu dari tengok screen sementara.
ReplyDeleteAduhai..Sy dah merasa sakit mata. Cuma masa mula2 nk jadi tu kepala sy sakit yg amat mcm nk pecah. Lps tu ofismate tegur mata merah. Blk keje pegi klinik. kena chrg RM160.00 =(
ReplyDeletePernah sekali kena sakit mata. Sakit betul.
ReplyDeleteTak tahan juga sakit mata PH....gatal dia...kemudian merah menyala matanya....pastu ada rasa perit juga. Moga cepat sembuhnya ya.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh sis dan anak sis. Anak sulung saya pun kena selsema dah 3 hari mc. Memang musim skrg ni.
ReplyDeleteYe PH... saya pun pernah sakit mata yg rasa nak terkluar... bila tunduk.mmg pening² je rasa pape pun semoga PH dan adik.kembali sihat ye.. rajin² makan ubat tu
ReplyDeleteanak buah ammi di Banting (kan tengah Trial SPM sekarang ni)... dia demam berhari-hari. bawak ke klinik doctor kata "demam virus je" dan tak perlu antibiotik. Biar badan dia lawan sendiri. Ehhhh lain macam eh doctor ni. Maknya pun confuse.
ReplyDeleteSakit mata kalau betul kemuncaknya, nak tunduk rukuk pun macam nak tercabuttt mata kannn aduii.. moga cepat sihat PH
ReplyDeleteSakit mata mmg akan menggangu rutin, semoga PH dan adik sama-sama cepat sembuh ya..♥
ReplyDeleteSakit mata tuh memang menyiksa. Apalagi kalau gataaal sangat. Memang rasa nak garuk kuat2. Skr nih sejak mata saya dah minus tinggi, baru menyesal kenapalah dulu tak jaga. . saya suka sangat baca buku gelap, main games gelap, baca sambil tidur. Skr baru rasa ketika penglihatan berkurang, memanglah menyiksa kan 😅😅.
ReplyDelete