Friday, 24 July 2026

Catatan 9 Safar 1448H

Muka banyak senyum, dapat air Tealive idaman hati. 

Kasut Ummi tu dia pakai... 
Kisahnya dia pakai sandal ke sekolah. Half way baru perasan. Mujur ada sport shoes Kakak dalam kereta Walid tu, pakai aje la walaupun besar. Syukur cikgu pun tak perasan 😁
Masa nak ke Tealive ni dia tukar, pakai kasut Ummi pula. Besar memang besar tapi dia kata better than pakai kasut sukan Kakak tu. 

Kemudian kami ke satu kedai nasi beriani ni. Tapau lunch. Adik order nasi beriani ayam masak merah. Ummi pula nasi beriani ayam goreng berempah. 

Puashati dengan ayam masak merah ni...

Tapi sedih tengok ayam goreng berempah ni :( 
Tak memenuhi jangkaan dan presentation pun failed. Mujur ada rasa. 

Adik ubatkan kecewa Ummi dengan bawak balik hadiah lagi, alhamdulillah. Kali ni dia dapat tempat ketiga kuiz Bahasa Arab sempena Minggu Bahasa Arab. Tahniah Adik  πŸ‘πŸ»

Si Abang outing ke pantai lagi. 
Makan kepok lekor kali ni πŸ˜‹

Bubur Caca.
Favorite arwah Tok Wan ni. Arwah Tok buat sendiri je 'caca' tu, bancuh tepung kemudian lenyekkan di atas penapis jarang (lubang pada penapis tu besar²). Tepung yang dilenyek akan jatuh ke dalam besen berisi air. Sama macam buat homemade cendol. Bubur caca Tok takdelah berwarna warni tapi tetap sedap di tekak kami. Airtangan ibu kan, mestilah the best in the world :D 

15 comments:

  1. Nampak sedap betul ayam masak merah tu. Tahniah adik, dapat tempat ketiga kuiz bahasa Arab! πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sis :)
      Alhamdulillah tq Aunty 😘

      Delete
  2. tiba2 terliur bubur cha cha ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MZ makan ye? Sesekali layan sedap juga

      Delete
    2. Makan🀩πŸ₯°sukaaa cuma jrg2 mkn sbb mcm jarang jumpa

      Delete
  3. congrats Adik! top performer sgt ni

    ReplyDelete
  4. Orang dulu memang buat caca tu sendiri je kan. Tak pakai yang segera dah siap jual tu. Besor-besor kopok lekor Ganu. πŸ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nur. Nak dapatkan santan pun pergi cari kelapa bawah pokok, effort tu unbeatable hehe
      Dah la besor², berasa ikannya

      Delete
  5. Lamanya tak makan bubur chacha.

    ReplyDelete
  6. bubur chacha tu memang nostalgia sangat.. dulu masa kitorang kecik, mak slalu buat

    ReplyDelete
  7. Wak kalau ngadap baryani mesti cari kambing.

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak buat bubur Cha Cha tu.. masa kerja kedai dessert, hari² masak bubur tu..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya bubur cha cha tu. Kalau akak suka lebih kan sagu biji. Dulu2 buat sendiri bubur chacha tu. Cendol pun. Puas hati makan

    ReplyDelete