Layan game England vs Norway pagi tadi. Suka tengok team England layan fans depa after match. Depa akan berdiri depan fans nyanyi dan bersorak ramai² dulu. Cumanya Ummi geram dengan England ni... Time Ummi sokong depa, tak menang pulak. Edisi kali ni Ummi malas nak menaruh harapan, tup² ke semi final depa. Apapun congrats England 👏🏻 👏🏻 👏🏻
Breakfast Walid beli jadi Ummi terus prep untuk lunch. Ayam ni rebus awal supaya dapat perap lama sikit. Kuah sup, sambal dan kuah kicap Ummi buat siap². Nasi pun pukul 11 gitu dah tanak dah. Nak makan nanti baru goreng (air fry je) ayam yang dah diperap. Panaskan semula kuah sup, sedaplah jadinya walaupun nasi dah sejuk sikitlah.
Usai solat Zohor, Cik Leha datang bersama sebekas bubur asyura Utara. Pucuk dicita, ulam mendatang 😋
Dok tunggu kerajinan datang konon nak buat sendiri, tak datang² pulak dia hihi... Syukurlah ada juga rezekinya 🤲🏻
Balik hantar anak balik asrama, singgah kedai Mesra Petronas. Walid isi minyak, Ummi shopping kek :D
Tekak teringin nak makan kek sehari dua ni... Beli 1 slice je buat lepas hajat. Harga dalam RM10 je. Not bad rasanya, boleh beli lagi 👍🏻
Nampak bahulu macam yang Sis Ezna cakap tu, tapi tak beli pun. Seronok masuk kedai Mesra ni, banyak produk IKS. Bolehlah support kan...
Pisang Bik bagi semalam dah lebu (loghat Baling, maksudnya masak ranum). Sebelum ianya tak elok, Ummi rajinkan diri buat cekodok pisang. Ubi kayu pun Ummi dah rebus 2 ketul tapi satu je yang empuk elok. Seketul lagi tu ubi tua atau dah masuk angin kot. Tak empuk² walaupun rebus lama.
Alhamdulillah for another blessed day.
Yang tak empuk² tu, udah bertukar dari ubi ke kayu agaknya.. hihi..
ReplyDeleteAgaknya la Linda kan hihi
DeleteKak PH peminat bola rupanya. Lapar pulak tengok cekodok pisang tu.
ReplyDeleteSuami isteri minat bola Cie. Menurun dekat anak² juga hehe
DeleteTak tahulah nak predict team mana menang. Tu yang malas nak sokong tu, nanti kalah. hihi...Kalau buat bubur memang surrender lah. Bubur biasa pun ambil masa, inikan bubur ni. Lagi renyah dan ambil masa lama. Rajin pun dah terkubur awal-awal. Rezek dapat apa yang dihajati. Alhamdulillah...
ReplyDeleteKadang masuk mesra suka cari kerepek pisang. Dah meriah dengan produk lokal kan.
Takpe, kalau kalah pun bangga dah masuk semi final dah ni...
DeleteNak mengacau bubur tu yang lama tu, agaknya sebab tu orang buat bubur asyura ni secara bergotong royong.
Okay, lepas ni Akk try kerepek pisang pulak 👍🏻
This time sy x sokong mana2 team...=D
ReplyDeleteDekat rumah ni bercampur², semua minat bola :)
DeleteTak pernah makan bubur syura tu.. ada gak kawan jual, tapi belum rasa nak beli dan cuba..
ReplyDeletePH dah biasa dgn tradisi makan/masak bubur asyura sejak kecik, itu yang suka makan bubur ni
DeleteSaya dan suami langsung tak minat pasal bola, tak tahu apa 😅
ReplyDeleteMak kat kampung pulak pandai tengok bola.
Asyura utara banyak bahannya, kalau tak bersungguh memang tak terbuat setakat nak makan sendiri tu kan 😄
Uish, boleh geng dgn bonda PU hihi..
DeleteBetul, banyak bahan Dan lama juga nak mengacaunya. Tambahan pula takde geng nak makan pun dlm rumah ni, itu yang malas hihi... Dulu arwah Mak ada, rajin la kami berdua buat.
Owh.. ubi tu kalau tak empuk dah masuk angin eh PH.. Sha pernah kena, punyalah lama rebus tapi ubinya tak empuk pun.. Sudahnya buang ja.. huhuhu..
ReplyDeleteIye Sha. Atau pun ubinya dah tua/ terlebih matang.
DeleteMZ pun guna istilah lebu tu
ReplyDeleteAlamak...terus kelaparan bacs post ni malam-malam terutamanya cekodok itu nampak menggiurkan
ReplyDeleteBagus Kedai Mesra.. support produk IKS. Bila jadi one stop centre, banyaklah pilihan yang dijual.
ReplyDeletesampai harini ammi tak tau apa rasa bubur asyura.. ntahlah pernah atau tak makan...mmg tak boleh nak recall langsung
ReplyDelete