Friday, 10 July 2026

Catatan 24 Muharram 1448H

Menjemput buah hati balik bermalam lagi minggu ni. Ummi terserempak dgn dia di kantin, tengah uruskan makanan dan minuman untuk guru kelas. Selesai majlisnya barulah boleh balik. 

Ada program peringkat kebangsaan di sekolahnya. Pelajar² yang tak terlibat kena balik supaya asrama dapat digunakan oleh para peserta seluruh negara. 

Sebagai tuan rumah, banyak kerja nak dilakukan. Minggu ni kena kemas Pusat Sumber Sekolah, kena cat asrama/surau dsbnya. Gambar bawah tu Ustzh Najwa belanja burger usai kerja² mengecat. Cikgu² lain pun bagi belanja makan juga katanya. Ustaz Faez pula goreng nasi bagi depa makan. Ada juga guru belanja nasi berlauk di kantin. Seronok sangat dah budak² dapat upah gini pun :) 

Nun di sana, Abang healing di tepi pantai. Weekend getaway depa, pi pantai la. 

Kali ni merasalah udang celup tepung. 
Try yang ni dulu katanya. 
Student, mana ada bajet besar 😉

Dek kerana ketiadaan Abang, Ummi kenalah ambil alih tugasan bawa Angah ke pasar malam :) Angah ni setiap kali balik bermalam seboleh mungkin nak ke pasar malam. Yang depa beli ramen ajerrrrr... Sekali sekala bolehlah layan kan. Ummi beli air tembikai je. Takde yang menarik hati. 

Alhamdulillah another smooth and beautiful day 🤲🏻




14 comments:

  1. sronok abang healing kt pantai...layan plak celup tepung best tu

    ReplyDelete
  2. Aiiiih makin teringin nak ke Terengganu nih akhir tahun. Semata saya nak puas2 kuliner seafood dan Lekor di sana 😄😄

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ustaz dan ustazah rajin belanja. Semangat buat kerja.
    Seronoklah Abang dapat makan goreng celup tepung setiap hujung minggu.

    ReplyDelete
  4. Budak2 duduk asrama memang suka makan ramen, kenapa ek?

    ReplyDelete
  5. Seronok budak2 cikgu2 belanja.

    ReplyDelete
  6. Teringat dulu bila cuti weekend parent dtg amik di asrama mmg satu nikmat tak terkata boleh balik hihiii..

    ReplyDelete
  7. budak2 asrama kalau dapat makan udang celup tepung memang satu nikmat la hehe.. teringat zaman duk asrama dedulu..

    ReplyDelete
  8. Wahhh ummi boleh tahan beli air tembikai je.....budak asrama ni selalu ada benda yang teringin nak makan.

    ReplyDelete
  9. Dulu anak kecik....kemudian sekolah rendah....menengah....remaja dah sorang demi sorang ke asrama & IPT...
    Nanti tinggal umi ngan walid jer lah honeymoon...🤭

    ReplyDelete
  10. baik betul ustaz dan ustazah mereka ya siap belanja mkn gituuu

    ReplyDelete
  11. Best laa Abang healing² tepi pantai.
    Kadang anak ada duit lebih tapi kawan² tak berapa ada, jadi tak boleh juga nak keluar makan best².

    ReplyDelete
  12. Seronoknya abang healing tepi pantai. Okaylah tu beli udang celop tepung buat rasa-rasa. Budak-budak sekarang suka betul makan ramen samyang pedas tu kan. Sesekali takpe lagi.

    ReplyDelete
  13. sedapnya udg celup tepung! dh lama MZ tak mkn UCT ni

    ReplyDelete