Sunday, 5 July 2026

Catatan 19 Muharram 1448H

Nasi lemak homemade untuk sarapan pagi ni. Walid top up lauk ayam masak merah dan daging goreng kunyit. Nasi Lemak tu Ummi letak sekali bunga telang yang dipetik beberapa hari lepas. Tak cukup biru warnanya.

Round of 16. 
Bakal bertembung sesama sendiri la pasukan pilihan Ummi; France vs Morocco nanti (8 terbaik) sebab dua² dah menang dengan lawan masing².  Manakala Portugal bakal bertemu Spain di pusingan 16 terbaik ni. 

Keluar atas satu urusan. Lama benar Walid tunggu giliran, Ummi di dalam kereta menikmati kehijauan di sebalik hutan batu. 

Malas duduk menunggu dalam kereta Ummi lepak di warung berhampiran. Takkan nak duduk saja, order la roti canai sekeping. Sedap roti canai ni, style kampung. Kering tapi lembut. 

Singgah di Baker's Cottage, Angah dok sebut² ayam BC ni... Walid beli nasi BC sebekas, nak rasa katanya. Diberi percuma sup fish balls yang berharga RM1.20 tu. Rezeki 🀲🏻

Simpan sini no tel pusat urut orang buta di Ong Tai Kim ni. Mana tahu nak guna khidmat mereka suatu hari nanti. 

Seperti biasa, hari Ahad baru ada kerja sekolah. Kalau tanya hari Jumaat @ Sabtu, memanjang takde jawabnya πŸ˜‡


20 comments:

  1. Lamanya tak beli ayam BC tu. BC pun dah lama tak masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami kerap pulak beli ayam BC ni lately Cie :)

      Delete
  2. Linda kalau malas nak masak, memang ayam BC la jadi penyelamat.. dari yang lepas COVID harga ayam dia RM12 je.. sekarang dah jadi RM18.. kikiki

    ReplyDelete
  3. Alamak termasuk blog waktu pagi apabila cuba mengganti puasa ini. Langsung terpesona tengok semua gambar makanannyaπŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, tak dapek den nak nolong kihkih

      Delete
  4. Mengundang betul la gambar nasi lemak tu, PH . Oyen tu mesti tukang check kerja sekolahnya dah siap ke belum, hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa je SK, bahan pun tak cukup 🀭
      Hahaha si Cheeky tu memang, mengundang amarah Adik πŸ˜†

      Delete
  5. sy predict brazil go thru tapi tersekatttttt adehhhh ramalanku jauh meleset hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same here.
      England pun x expect juga, but they went thru πŸ’ͺ🏻

      Delete
  6. Lama tak masak nasi lemak sejak dah tinggal berdua..
    Nnti laa tunggu final bola, masak nasi lemak makan beramai-ramai hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah tu kalau makan ramai² sambil tengok final WC pulak πŸ‘πŸ»

      Delete
  7. Part kerja sekolah tu dlm rumah sy pun sama situasinya sis. Sabar aje lah=D

    ReplyDelete
  8. Ni dah blog kedua tengok nasi lemak homemade. Adakah ni petanda kena masak nasi lemak jugak? hihi

    ReplyDelete
  9. Nampak roti canai tu jenis lembut.. haaa suka yang style gitu.
    Pasaraya Ong Tai Kim ni legend betul.

    ReplyDelete
  10. lamanya tak makan ayam baker's cottage. selalu time bulan puasa cari hehe.
    aikk si oyen tu ke yg tengah buat kerja sekolah? :p

    ReplyDelete
  11. kebetulan MZ masak nasi lemak jugak masa pagi ahad ;)

    ReplyDelete
  12. Sedih lah Portugal dah out lawan Spain. Menangis cr7 tak sampai final. Mudahan Argentina menang final

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh nooooo taknaklah Argentina kak Notie.

      Delete
  13. Hahahahah muncul secara mendadak homework tuh ya kak 🀣🀣. Anak2 nih laah.

    Suami saya dah tak semangat nonton PD. Jagoannya dah kalah 🀣. Saya pula memang tak mengikuti event ini. Tp ntah kenapa jadi tersuka pula dengan Halaand πŸ˜‚πŸ˜‚. Jadi mungkin akan memilih Norway lah

    ReplyDelete