Friday, 3 July 2026

Catatan 17 Muharram 1448H

Elok saja Walid ke ofis dan Adik ke sekolah, Ummi terus masuk dapur. Malam tadi dah keluarkan santan dari freezer, pagi ni dah cair elok. Boleh terus masak. 

Inilah projek Ummi pagi tadi... Masak kuah durian πŸ˜‹
Kali ni Ummi ikut petua Mama Iman. Masukkan santan bila isi durian dah tanggal dari bijinya. Kuah akan jadi pekat dan sebati elok. Ummi guna nnise kerek (gula nisan) yang dibeli di Pasar Payang tempohari. Di tempat Ummi, kami panggil nisang kerek. Biasa arwah Tok racik² gula nisan ni dan dijadikan inti buah mulong (buah Melaka), kuih kegemaran arwah Tok Wan. 

Sambil bersarapan, sambil layan game Portugal vs Croatia ni. High drama, high emotion kata pengulas. Siapa yang tonton tahulah apa yang berlaku dalam game ni. 

Abang healing tepi pantai 🩡
Katanya nak keluar makan celop tepung.

Tapi ni mee celop :D 
Takpelah asalkan kenyang. 

Promo burger 3 biji RM 10 kembali. 
Apalagi, kita grabbed la promo ni.
Alhamdulillah kenyang, dan sedap seperti selalu πŸ‘πŸ» 




20 comments:

  1. Haaa biasalah tu.. plan nak makan celup tepung bertukar jadi mee celup pulak.. sana makanan semua sedap... tiba-tiba boleh berubah plan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Kak, semua sedap. Dah la sedap, murah² pulak tu 😁

      Delete
  2. trliur tgk serawa durian tu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah bagi sedap, alhamdulillah 😁

      Delete
  3. Saya tak mengikuti piala dunia nih, suami pun dah malas sebab Jerman dah kalah πŸ˜…πŸ˜….

    Mee celup 😍.masih penasaran rasanya. Ini di daerah mana kak? Desember saya plan nak ke Terengganu. Kali ni nak merasakan kota lain di Malaysia πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh peminat Germany ye ...
      Team kakak sokong bakal bersaing sesama sendiri; Portugal vs Spain & France vs Morocco πŸ’ͺ🏻

      Kamu ke Terengganu nanti jangan lupa makan Nasi Dagang Atas Tol Fanny. Kakak masih angau akan nasinya wpun udah 3 minggu balik dari sana πŸ˜…

      Delete
  4. Eh dah ada kat Astro siaran bola RTM di tv okey? Dahulu mula siaran kumpulan takdepun.

    ReplyDelete
  5. Ohh macam tu caranya ye. Teringin pulak kuah durian tu. Makan dengan pulut ngan jugak tu. Tepi pantai tu macam Cafe Nyiur suasananya. Perlawanan bola tu mendebarkan. Mujurlah Portugal layak kan. Kalau tidak kena kecam teruk CR7. Memang drama sangat game tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya bagi biji² durian tu terapung dan isinya tanggal, baru masukkan santan Fiza.
      Akk pun tak tahu apa nama cafe tu Fiza. Anak bujang hantar gambar gitu je :)

      Delete
  6. Oh, sy ada durian dalam peti sejuk. Nanti boleh ikut tips untuk pekatkan kuah durian tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila² SK πŸ€—
      Biar biji durian tu terapung dulu, baru masukkan santan.

      Delete
  7. Sedapnya, kuah durian. πŸ˜‹
    Memang drama sungguh tengok game Portugal tu.
    Best Abang, healing tepi laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki dapat beli durian longgok hari tu Nur, bolehlah buat kuah durian sekali. Kalau beli sebiji dua makan gitu je la :)

      Delete
  8. Sedapnya kuah durian. Ada je semua bahan tapi malas nak buat.

    ReplyDelete
  9. Wahhhh kuah duriannnnnn.....sesungguhnya daku sedang berpuasa gantiπŸ˜…

    ReplyDelete
  10. puas hati tu beli 3 cuma RM10 jeee

    ReplyDelete
  11. abang makan mee celup dgn kopi o ke tu?
    luar biasaaa

    ReplyDelete
  12. terliur bubur durian tu..nama dia serawa ker? MZ sblm tahu kewujudan serawa, MZ hanya tahu pengat durian sbb tu fav arwah ayah, my mom selalu masak2 pengat durian setiap kali tiba musim durian

    ReplyDelete
  13. sama pulokkkk warna mee celop abang ngan kopi o tu haha

    ReplyDelete