Terima jemputan dari Atiq (Aunty Atiq for the kids) ke majlis perkahwinan adik perempuannya di Forest Valley. AA ni setiap kali ada kenduri, pasti jemput kami. Dulu Walid dan AA satu ofis. Walaupun Walid dah lama pindah tempat kerja, still in contact dengan geng ofis ni... Bonding depa kuat 👍🏻
Kami pernah ke FV ni, menghadiri majlis perkahwinan anakanda Tn Hj Bad. Walid juga pernah ke sini dengan Abang, meraikan hari bahagia anakanda Bro Is. Cuma, di dewan yang berbeza. Di FV, ada 4 dewan berbeza. Untuk majlis adik AA ni, ianya diadakan di Willow Hall dan Monstera Hall untuk extra tempat duduk.
Dewan sebelah (Monstera) ada pelbagai juadah lagi...
Ahli keluarga pengantin perempuan sedang bergambar. Cantik warna dusty pink pilihan mereka. Keluarga pengantin lelaki pakai warna dark blue/blue black.
Ada ayam masak kicap, daging masak lemak, sayur campur dan my all time favorite; sambal jawa.
Kami kan 2 hari berturut² makan nasi minyak, bila dapat lauk begini di majlis kenduri terasa sangatlah menyelerakan. Lari dari kebiasaan...
Lagi istimewa, ada tauhu bakar dan rojak. Tauhu bakar tu sedap sangat, teringat²... Kambing bakar pun ada tapi que panjang, malas nak beratur.
Ummi rasa seronok betul kalau dapat merasa kek pengantin. Tak tau kenapa, mungkin sebab kek ni simbolik keraian dan penyatuan dua hati, jadi ianya sangat istimewa.
Usai makan dan berborak sekejap dengan AA dan kedua ibu ayahnya, kami beralih ke dewan sebelah. Meninjau apa yang ada di samping nak tunggu masuk waktu Zohor.
Nampak pasangan pengantin sedang beramah mesra dengan tetamu...
Ada kopi dan more dessert ...
Masuk dalam surau, aircond dah on. Nyaman rasanya. Ada tempat wudhuk dan tandas dalam surau ni. Very convenient.
Usai solat, kami terus bergerak ke kenduri kedua untuk hari ni.
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Baarakallahu la kuma wa jama'a baina kuma fil khair 🤲🏻
2 kenduri dlm sehari ye.. Skarang byk tempat Wedding cantik2
ReplyDelete2 hari 4 kenduri MT, alhamdulillah rezeki.
Deletecantik dewannya, food pun semua sedap2 tu...goodies pun cute jer,,ada riben pink!
ReplyDeleteFood memang super delicious MZ 👍🏻
DeleteDalam box tu ada beras basmati small pack. Lurvv
Grandnya tempat ni... suka window besar belakang tu!
ReplyDeleteSama... Nampak luas kan Uncle
DeleteMeriah jemputan kenduri kahwin ye sis. Seronoknya. Forest Valley ni rasa2nya tempat BFF saya nikah tahun 2023 dulu.
ReplyDeleteAlhamdulillah back to back jemputan yg diterima.
DeleteOh ye? Mesti indah wedding-nya. Tempat ni cantik...
Terliur tgk tauhu bakar & rojak buah tu =D
ReplyDeleteNext week SA akan ke Muar plak..kazen kahwin...27hb pun ada gak satu lagi wedding..kat Melaka plak
ReplyDeleteBestnya ada kopi. Macam2 makanan ada tu.
ReplyDelete