Hari ni Ummi busy, ada report card day anak² di asrama.
Que dekat ½ jam, Ummi jumpa guru kelas sekejap je. Alhamdulillah semuanya memuaskan untuk Kakak. Kalau konsisten masa UASA nanti, ada harapan naik pentas. Untuk anugerah kecemerlangan ikut keputusan UASA.
Alhamdulillah hari ni juga berjaya bayar Yuran Makan Asrama anak².
Angah: RM 801/setahun
Kakak: RM 796/setahun
Menabung RM200 sebulan, cukup 7 bulan dapat selesaikan YMA Angah dan Kakak.
Yuran SRAI ni kena tunggu kelulusan JAIS dulu baru boleh kutip. Ramai yang berbunyi sebab tak boleh bayar terus masa bulan January. Takut terguna atau jadi bertimbun pula jumlahnya. Style kami, allocate siap² dan simpan setiap bulan. Kalau nak bayar gedebuk gini menggelupur juga. Semua anak sedang bersekolah, besar belanja jadi kena manage betul2 kewangan. Apapun syukur selesai bab yuran setakat ni.
Betul tu PH.. menabung untuk raya dan yuran sekolah tahun depannya.. jadi takde la rasa sangat..itu pun ,memang jenuh menarik untuk lupakan..sebab duit gaji tu pun, tolak p..tolak mai, mcm ngam² je.. kikiki
ReplyDeleteYe Linda. Menabung ni penting supaya kita tak rasa tertekan bila nak keluar duit sekali gus tu kan. Akk masuk sampul ikut keperluan. Setakat ni alhamdulillah masih berdisiplin, x usik hihi
DeleteYuran makan asrama tu memang kena bayar terus untuk setahun ke, PH? Semoga dipermudahkan urusan anak2 di asrama juga urusan PH sekeluarga. (SK)
ReplyDeleteTak juga SK. Cuma kena bayar dekat pejabat sekolah, tak boleh transfer online. Malas nak ulang alik pergi pejabat sekolah kita bayar full terus bila cukup duit.
Deletememang bagus kalau menabung utk apa2 benda pun..MZ menabung utk insurance keta (sbb ada 3 keta), dan menabung utk tukar tayar baby T jugakkk (sebab kosnya ribu2 kan..memang semput jugak if tak menabung)
ReplyDeleteMy husband buka tabung utk renew roadtax juga MZ. Selang sebulan road tax dua² kereta kena renew
DeleteSelagi anak bersekolah selagi tu la ada yuran yang perlu dibayar. Menabung monthly takdela terasa sangat keluar sedebuk.
ReplyDeleteItulah. Kena menabung dan urus kewangan sebaiknya
DeleteLawanya OOTD PH cuma tak eh nampak semuanya. Sipi2 je. Sweet la warna tu.
ReplyDeleteKitakan pemalu hihi
DeleteAnak2 nak masuk belajar ni, memang kena buat sinking fund. Sama jugakla tabung kereta ke, tabung raya ke. At least takla terkejut sangat bila kena bayar sedebukk
ReplyDelete