Friday, 26 June 2026

Catatan 10 Muharram 1448H I Demam πŸ€’πŸ€§

Sama ada berjangkit dengan Walid yang dah mula demam dan selsema sejak Rabu lepas atau pun kena hujan masa ambil Adik sekolah Khamis semalam. Tekak perit, hidung tersumbat dan badan panas. Jarang nak demam tapi sekali demam tu teruk juga. 

Abang belanja gambar Laut China Selatan.

Menjelang berbuka, Cik Ana hantar bihun sebekas. Alhamdulillah dapat juga telan sesuap dua. 


Adik bawa balik Bubur Asyura dari sekolah. Setiap tahun sekolah buat program kacau bubur Asyura ni. Sementara cikgu² mengacau bubur Asyura, murid² dengar ceramah. Kali ni Ustaz Anep, mantan guru SRAI bagi ceramah. 

Malam Abang attended konsert Inteam. 
Habis konsert pukul 11, baru nak solat Isyak. Bab ni dia macam kena culture shock sikit sebab di SMKA dulu apa² program pun kena solat dulu. Belajar sesuaikan diri dan urus masa sebaiknya ye Abang πŸ€—

17 comments:

  1. Alahai belum ada rezeki lagi dapat bubur Asyura.
    Wah kelas Abang kolej jemput Inteam buat konsert.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rezeki, adalah nanti tu NA. Sy ni dapat tapi selera pula takde :(

      Delete
  2. smoga cpt sihat..dpt bubur asyura best tu

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh, PH. Alhamdulillah, rezeki, dapat bubur asyura dan bihun goreng. πŸ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin tq Nur.
      Alhamdulillah rezeki, cuma kita yg takde selera :(

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Taman Cie pun semalam ada buat.

    ReplyDelete
  6. Wah ada konsert Inteam..
    Ammi ralat juga this year tak dapat puasa Muharram...kesihatan kurang mengizinkan

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh PH...insyaAllah, abang boleh

    ReplyDelete
  8. Rest well.& get well soon PH.

    ReplyDelete
  9. Wahhhh konsert InteamπŸ₯°

    ReplyDelete
  10. Bubur Asyura itu saya belum coba ❤️. Nampak sedaaaap. Kalau lihat bentuk, mirip2 dengan bubur kanji Rumbi Aceh. Tp saya blm bisa compare rasa Krn blm coba yg Asyura ini

    Semoga sekarang dah sehat lagi ya kak πŸ€—

    ReplyDelete
  11. hari ni mcm mn? dah ok ke?
    syafakillah
    rehat dan mkn ubat jgn dilupa

    ReplyDelete
  12. bubur asyura tu mcm bubur lambuk kan rupa dia..kalau versi kelantan, warna gelap (sbb masuk mcm2 rempah)

    ReplyDelete
  13. Semoga cepat sembuh PH! Alahai, kesiannya badan tengah demam tu. Tapi seronok baca bab Abang pergi konsert Inteam tu. Biasalah budak baru nak masuk fasa 'kolej/asasi', memang akan ada culture shock sikit bab urus masa berbanding zaman SMKA dulu. Insya-Allah, lama-lama nanti Abang pandailah bawa diri tu

    ReplyDelete
  14. Wahh inteam datang sekolah!

    ReplyDelete