Mencabar betul tugasan RBT F3 ni π«£
Ergonomic tu apa Angah?
Satu kumpulan 2 orang.
Task Angah order barang (dia order di TT), fikirkan idea dan buat beg tersebut. Kawannya bahagian cantum dan jahit beg nanti. Kos beli barang kongsi berdua.
Jom la kita buat apa yang mampu...
Manalah reti nak buat knapsack bagai...
Ummi: Okay ke gini Angah?
Angah: Okay dah Ummi ππ»
U: Aerodynamic tak?
A: Bukan aerodynamic la Ummi, ergonomic
πππ
Tak pastilah Angah order kepala zip saja atau kena scam huhu...
Beg ni dah passed dekat W, untuk jahit. Siap dah katanya, tunggu nak present dekat cikgu. Jarum peniti ni Ummi suruh simpan, takut tercucuk ke, buat main ke ... Jadi, W pulangkan semula dekat Angah.
Bila dapat tugasan mencabar gini, nak tak nak kena tolong juga. Tapi itulah, sekadarnya sajalah sebab honestly Ummi tak pandai bab rekacipta ni.
sesak nafas tengok assigment diaorang,anakdara saya ni pun tak siap juga lagi projek RBT ni nak kena submit bulan 8 nanti..untung juga Angah ada abang..Pia ni umiwaled pun tak pandai,nak nangis rasa
ReplyDeleteKan sis... Anxiety kadang tu π
DeleteBila dah bawak balik tugasan, nak tak nak kenalah tolong juga sbb mencabar tugasannya. Jangan kata tugasan sekolah menengah, tugasan sekolah rendah skrg pun menuntut komitmen mak2 juga π«£
adoi la..berderau jantung aunty kalau bab buat tugasan macam ni...masa aunty SA form 3 dulu ekonomi rumah tangga kena buat bag tissue...baran betul kena jahit2..nasib ada kawan cina pandai jahit dan rumah dia depan simpang kuarters je...petang2 mintak la dia tolong jahitkan..hahaha..upahnya bawak makan kat rumah..dia suka makan masakan melayu...
ReplyDeleteMencabar tugasan/homework diorg sekarang SA. Nak tak nak parents kena bantu juga.
DeletePH kena jahit baju Kedah kot, lupa dah. Tapi memang tak pandai la bab ni. Dapat pulak cikgu garang, nak gunting kain pun gigil π
haaa kan...dah la kita jeni happy go lucky yang x suka bab menjahit segala, cikgu plak garang suka cubit 90 darjah punya...
DeleteAcik pun tak tahu ergonomic tu apa. π organizer bag? Kena buat banyak poket atau partition la kot, ye. Youtube mesti banyak tutorial yang omputih share.
ReplyDeleteTakat mana yg mampu bantu je la Nur. Lawa sangat pun nanti tak match pulak dgn keupayaan / level anak π«£
Deletepernah dengar kerusi/meja/bantal ergonomik je. ada beg ergonomik jugak ye.
ReplyDeletesaya bab2 menjahit ni pass jelah.. memang takde bakat! dulu masa kelas ERT kat sekolah pun suruh mak yg jahitkan hahaha
Nak faham konsep ergonomic tu pun satu hal. Nak cari idea satu hal, nak realisasikan pun satu hal juga huhu...
DeleteOkay la ada mak boleh tolong jahit. Akk dok asrama, ketar² tangan potong kain je pun π
Wahhh..Menarik ni..Siap ade poket. =D
ReplyDeleteKatanya organizer bag, kita letak la poket banyak² hihi
DeleteMasa sekolah menengah dulu pernah buat tote bag, baju kurung kedah. Subjek ERT kalau tak silap. Itu pun dah stres, kita duduk asrama rumah jauh takde mak/kakak boleh tolong. Hadap jelah sendiri.
ReplyDeleteTugas yang ni kena buat ergonomik pulak, macam kurang faham π. Moga dapat buat yang terbaik.
Hebat la PU boleh buat sendiri. Sy ingat potong kain utk buat baju Kedah je kot. Itu pun menggigil sbb cikgu garang ya amat haha...
DeleteTapi dulu kita duduk asrama balik sebulan sekali kan, nak tak nak kena selesaikan tugasan sendiri. Macam anak² Sy, 2 minggu sekali balik. Time balik bermalam tu la biasanya cikgu bagi tugasan.
Dulu zaman sekolah macam tak ada istilah ergonomik. Tapi kalau assignment jahit2 masak2 memang ada geng kumpulan yang suka. Cikgu pun best sangat helpful walaupun duduk asrama.
ReplyDeleteBest la ada geng, boleh buat sesama. Anak Sy ni selalu Sy tengok bahagi tugas sebab nak buat di asrama tu tak cukup masa. Itu yang bila balik bermalam, kalut buat tugasan itu ini
DeleteOh, kita ingat kena jahit sekali. Nasib boleh hantar jahit ek. Dahsyat la projek budak sekolah jaman now.
ReplyDeleteTak tahulah bab jahit tu kawannya jahit sendiri atau hantar kedai SK. Tapi kalau nak jahit sendiri pun mencabar juga tu. Kami pasang peniti pun berjam² π
DeleteKalau Cie pun failed la kalau kena buat beg ni. Setakat jahit sembat2 boleh la. Nak mereka cipta beg memang ke laut la.
ReplyDeleteTu kira jadi lah tu.... Kalau uncle... hancus!
ReplyDeleteWahhhh mantap Angah berseni tangannya. Terkenang plak zaman sekolah kena buat beg serbaguna hancur mesin jahit atok dikerjakanπ
ReplyDeletecomplicated sungguh la tugasannya niiii
ReplyDeleteDulu time sekolah ada subjek sains rumah tangga. Yang syiok masak tapi bila menjahit emm fail. Tapi masa tunggu result spm belajar lah buat baju kurung johor belajar sembat. Sekarang emmm haruk le nak ingat sebab tak minat.
ReplyDeleteRBT ni hmmmm Dania dulu buat projek apa tak ingat....oh beg dinner berlampu. Hehe.
ReplyDeletehahaha..jauh betul umminya sampai ke aerodynamic...terus terasa melayang2 mcm dalam kapal angkasa. eh itu ke maksud aerodynamic hahah...apsal dalam otak terbayang itu je
ReplyDelete