Monday, 18 May 2026

Wedding @ Alam Maya, Kajang

Alhamdulillah besar hati kami bila sekali lagi diundang oleh Pn Halina ke majlis perkahwinan anakandanya, Dr Asyraf dan pasangannya Dr Alya. Tahun lepas Pn Halina jemput kami ke majlis perkahwinan anaknya di Awan Space, Batu Muda. Kali ni buat jauh sikit, di Sg Kantan, Kajang.

Alam Maya 
Tempatnya luas, cantik dan selesa. Ala² cafe hotel/resort atau pun club house

Boleh makan di atas atau pun di bawah. 
Kami makan di atas, senang nak ambil makanan :) 

Very nice setting...

Nak makan di halaman pun boleh. Young parents yang ada anak kecil sesuai duduk sini. Boleh makan sambil² monitor anak berlari² dekat kawasan ni. Selamat, kawasan pun berumput. 

Tetamu yang dah habis makan kalau nak berborak/ catch up with friends/family boleh duduk bersembang di sini juga. Memang selesalah tempat ni. Kawasan sekitar pulak hijau je, sejuk mata memandang. 

Perut dah lapar, jom la makan .. 

Ummi jenis ambil semua dulu makanan yang nak dimakan, sebab tak suka bangun duduk bangun duduk. Selesai makan, bangun dan balik. 

Sedap yakmat nasi dan lauk pauknya. Level hotel, serious sedap! Ada tempe goreng juga, terlindung bawah tomato tu. 

Food presentation pun style hotel ye ... 
Ni semua kongsi dengan Walid. Seronok makan santai² ditemani kehijauan pokok. 

Semua sedap dan premium rasanya. 
Sate tu 2 cucuk sebekas, just nice bagi Ummi. Elok buat gini, dapat elakkan pembaziran. 

Ada coffee stall Laiyan KL. 
Memang jadi tumpuan tetamu la... 
Sedap kopi depa πŸ‘πŸ»

Ku lihat hijau....🎷🎺🎺

Ni dessert table yang super lawa la ... Makanan pulak macam², rambang mata nak pilih. Gambar kecik tu nasi lemak bunjut. Sedap tu tapi tak ambillah sebab dah ambil nasi kenduri...

Meja pengantin.
Simple tapi lawa 😍 

Sebelum balik, kami berfoto dulu.
Diberi 2 keping gambar bercetak; satu untuk simpanan sendiri dan satu lagi untuk ditampal dalam guess book bersama ucapan manis untuk mempelai. 

Alhamdulillah terima kasih sekali lagi buat Pn Halina atas jemputan yang istimewa ni. Semoga puan sekeluarga sentiasa dlm rahmat dan lindungan-Nya selalu. 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai.
Baarakallahu la kuma wa jama'a baina kuma fil khair 🀲🏻 


22 comments:

  1. Perkahwinan taman pula. Pencuci mulut itu nampak cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala² gitu la NA. Cantik dan sedap πŸ‘πŸ»

      Delete
  2. Kedua pengantin doktor. Tahniah buat keduanya. Bestnya lauk kenduri. Tempat kenduri pun selesa & exclusive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye pasangan doctor.
      Ye, exclusive sangat Cie

      Delete
  3. cantik...nampak sejuk jer...tahniah buat kedua-dua anakanda, semoga kekal hingga keakhir hayat

    ReplyDelete
  4. Kita geng la sis.Sejenis yg amik semua mknn yg kita nk mkn then baru duduk & menikmati mknn =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan, tak payah ulang alik ambil makanan. Just duduk and enjoy the food

      Delete
  5. cozy sangat venue event tu PH, pasangan doktor keduanya, selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya makan lauk kenduri 🀀 bertambah lapar time tengah puasa ni hihi

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki dapat jemputan dan pergi ke Majlis seperti ini.

    ReplyDelete
  8. Alam Maya ni saya pernah ke sini juga. Tempatnya sangat cantik....

    ReplyDelete
  9. Uncle dah 2-3 kali datang wedding kat sini....

    ReplyDelete
  10. tempat ni dekat sangat dengan rumah saya. every week mesti full hehe

    https://www.everydayereen.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Suka area ni, banyak pokok :)
      Tq singgah sini, nanti PH balas kunjungan ye πŸ€—

      Delete
  11. Cantik tempatnya.. nampak pun santai.

    ReplyDelete
  12. bestnya kat sana byk tempat yg boleh disewa utk wedding pelbagai konsep & tema... kat sini xde lg wedding space for rent utk garden konsep mcm ni

    ReplyDelete