Saturday, 9 May 2026

Photodump Week 19, 2026

Pistol Kertas 
Adik ada presentation untuk subjek PJPK. Dia kena sediakan pistol. Syukur ada Abang, Abang la tolong buatkan. Harapkan Ummi, sampai sekarang nak buat kapal terbang kertas atau sampan kertas pun fail ๐Ÿ™ˆ 

Cikgu cakap boleh dapat TP6 presentation depa. Selain prop, masa presentation depa guna soundtrack Polis Evo, minta Cg tolong buka dekat YouTube (kelas ada smart TV). Tak terfikir Ummi budak² ni punya idea tau... Dok bayangkan presentation biasa² je. Itu yang dapat extra mark kot. Anyway, good job Adik & team. 

Breakfast di Jemuju Kasih dengan Abang 

Siblings reunited ❤️



















Ada dorm mate Kakak pergi Vietnam, school trip bawa balik ole² untuk kawan² sebilik. 

Mama Anis bagi Kakak duit raya. Cantik sampul rayanya, dari Caring Pharmacy. Di hujung sampul ada tulis nama pelukis; Danial Kushairi. 

Donut Susu
Jumaat Abang pergi gerai tutup (cuti agaknya). Sabtu pergi dah habis. Ahad donut ni sampai depan rumah, melalui Rizki. Alhamdulillah rezeki Kakak yang teringin sangat. 

Geng Main beribadah dengan Kak Iqa di pagi minggu. 





20 comments:

  1. Budak-budak sekarang buat persembahan projek guna teknologi.
    Wah sarapan nasi dagang.

    ReplyDelete
  2. Donut susu pernah rasa dan ok boleh pass la kat sesiapa yang suka susu. Terasa susu dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun tak gemar, too sweet for me. Sekali rasa cukuplah :)

      Delete
  3. Kalau presentation kreatif mesti boleh dapat markah lebih sebab effort tinggi kan..

    Sampai sekarang Cuya tak pernah makan donut susu, sedara Cuya ckp biasa ajer rasa dia. Tengok org la eh, lain org taste.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk pun baru sekali ni makan. Instead of salut dgn gula, donut ni disalut dgn susu tepung. Manis.

      Delete
  4. Pernah rasa donut susu... ok lah.. cuma dah biasa makan yang salut gula๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap breakfast nasi tu

    ReplyDelete
  6. Kreatif budak2 zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  7. Hahaha terigt zaman sekolah dl, suka gak buat kapal, kipas guna kertas.. pistol pun termsk jgk pastu kita siap main tembak² menyorok blkg pintu toilet hahah

    ReplyDelete
  8. hebat betul presentation nya...tak dengar pula anak2 linda ada presentation gitu

    ReplyDelete
  9. Hebat anak- anak sekarang kan...kreatif...

    ReplyDelete
  10. Hebat juga pistol kertasnya. Umur begini tak ingat nak lipat kertas origami. Kalau dulu ada juga yang pandai iaitu sampan dan bakul.

    ReplyDelete
  11. Kreatif buat pistol begitu siap dengan soundtrack yang ngam sungguh. Donut susu ni sungguh ke sedap PH? KSarie tak pernah rasa. Sedap nama kedai Jemuju Kasih

    ReplyDelete
  12. Good job buat adik dan juga team.. Terbaik..
    Cantik betul sampul raya dari Caring Pharmacy tu..

    ReplyDelete
  13. Donut susu tu, belum pernah rasa. Mesti sedap.

    ReplyDelete
  14. Sedap tengok sarapan PH dengan Abang. Saya baru nampak donut susu haritu. Tapi tak beli sebab tak boleh ambil susu. Cuma geram la, sebab rupa dia gebu gebas. ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  15. Waaah kreatif juga buat pistol nya kak ๐Ÿ‘.

    Donat susu itu anak saya yg suka. Saya nih kalau donat cuma suka yg pakai gula halus saja ๐Ÿคญ. Kalau pakai taburan susu nih, memang tak tertelan Krn saya tak bisa minum susu ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  16. sampul raya tu lawa betul! ni kira duit raya haji ke?

    ReplyDelete