Wednesday, 6 May 2026

Harumanis dari Chuping

Ingatkan dua pupu Walid, Makngah Chah dah tak jadi datang ke rumah kami Ahad lepas. Sebab kami dah bagitahu nak keluar hantar anak² balik asrama. Tapi, sampai saja di rumah selepas hantar Haziq ke TGB, depa dah depan rumah! 

Ada hajat besar rupanya... 

MC nak berkongsi tuaian pertama mangga Harumanis yang ditanam depan rumahnya di Chuping, Perlis dengan kami. Terharunya ☺️Jauh betul datangnya tu... Katanya buah lebat walaupun pertama kali berbuah. 

MC dan Pakngah Bani datang KL naik bas.  Berapa kilo dibawa pun tak tau la sebab bukan untuk kami sahaja tapi untuk anaknya di Sg Besi, besan di Damansara, sepupu dan kawan di Shah Alam... Salute

Rezeki depa pula kek pisang dan karipap daging Ramly. Sedap, terasa daging dalam inti tu, bukan kentang semata. Please try. Gambar ni Ummi snapped lepas depa dah balik. Itu yang tak penuh pinggan tu, tinggal 4 ketul je. Kek pisang tu pula Ummi tergerak nak beli masa singgah beli bun untuk stok anak² asrama. Saja nak try jenama Mighty White ni. Too sweet for me, prefer kek pisang Samudera lagi.

About the Harumanis, manissssss sekali :D 
Terima kasih daun keladi MC πŸ€—





31 comments:

  1. Alhamdulilah. Elok buahnya. Buah saya beli ada yang tak elok. Geram je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah elok. Itu yg geram kan. Sudah la x murah huhu

      Delete
  2. Musim kam skrg ni
    Sedappnya
    Dari perlis yg jauhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ciknur, musim dia skrg. Alhamdulillah rezeki Mai jauh dari Perlis

      Delete
  3. wahhh besar2 saiznya
    kompem sedap niiiπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  4. Wahh rezeki betul . Jauh travel harum manis. Alhamdulilah besar2 buah dia

    ReplyDelete
  5. Bestnya dpt tanam sendiri buah harumanis kt rumah. Buah ni memang menjadi kt perlis jeke? Kat selangor tak boleh tanam ye? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengarnya gitu la... Tapi belah kodiang sana ramai juga tanam harumanis. Border dgn Perlis, boleh (menjadi) kot hehe

      Delete
  6. Naik bas bawak berkilo2.... Mestu harum bas tu....

    ReplyDelete
  7. Rezeki tu dapat banyak juga. Berkotak la tu bawak nya. Gigih tu naik bas.

    ReplyDelete
  8. Malam semalam harumanis yang encik suami pesan kat Shopee sampai. Habis 2 biji kiteorang makan sekali duduk je πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ... Sekali hadap pun boleh habis sebiji dua

      Delete
  9. Wak mampu makan harum manis vietnam aje. RM 5 sekg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun orang bagi Wak. Nak beli sendiri fikir berkali² juga hehe

      Delete
  10. Wah..nampak gebu harumanis..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  11. Tentu lain rasanya dapat makan buah yang ditanam sendiri dengan yang dibeli, nak nak dapat percuma. Semoga pahalanya berpanjangan hingga k e sana, berat² bawa buah mangga naik bas berkotak-kotak. Eh, nanti nak cubalah jugak karipap Ramly tu. TMG dekat rumah ni ada jual nampak hari tu.

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah...rezeki na kmerasa buah sulung tu...moga makin lebat berbuah selepas ni

    ReplyDelete
  13. Bestnya ada pokok sendiri.. agaknya memang auto subur pokok harumanis tanam kat Perlis.
    Nak try jugalah lenkali karipap Ramly tu.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah rezeki.. Bawa naik bas pula tu.. Memang betul-betul ingin berkongsi rezeki.. Semoga pokoknya sentiasa mengeluarkan hasil yang banyak.. Aamiin.. Aamiin..
    Kalau tengok saiz dan warna memang cantik kejadian buahnya..

    ReplyDelete
  15. fav harumanis...thn ni rezeki kt opis dpt mkn harumanis byk kali...alhamdulillah

    ReplyDelete
  16. Aiiiih naik bus, bawa banyak mangga begini, semoga dimudahkan rezekinya untuk pemberi ❤️❤️.

    Masih banyak mangga harummanis di sana ya kak. Harap2 akhir Juni saya ke KL masih ada lah. Nak rasa πŸ˜„.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah rezeki tu PH...sampai depan rumah lagi..SA pun suka kek pisang Samudera tu...itu kurang manis...

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah rezeki sungguh dapat mangga harumanis

    ReplyDelete
  19. mz teringin harumanis cuma lom ada rezeki

    ReplyDelete