Ingatkan dua pupu Walid, Makngah Chah dah tak jadi datang ke rumah kami Ahad lepas. Sebab kami dah bagitahu nak keluar hantar anak² balik asrama. Tapi, sampai saja di rumah selepas hantar Haziq ke TGB, depa dah depan rumah!
Ada hajat besar rupanya...
MC nak berkongsi tuaian pertama mangga Harumanis yang ditanam depan rumahnya di Chuping, Perlis dengan kami. Terharunya ☺️Jauh betul datangnya tu... Katanya buah lebat walaupun pertama kali berbuah.
MC dan Pakngah Bani datang KL naik bas. Berapa kilo dibawa pun tak tau la sebab bukan untuk kami sahaja tapi untuk anaknya di Sg Besi, besan di Damansara, sepupu dan kawan di Shah Alam... Salute!
Rezeki depa pula kek pisang dan karipap daging Ramly. Sedap, terasa daging dalam inti tu, bukan kentang semata. Please try. Gambar ni Ummi snapped lepas depa dah balik. Itu yang tak penuh pinggan tu, tinggal 4 ketul je. Kek pisang tu pula Ummi tergerak nak beli masa singgah beli bun untuk stok anak² asrama. Saja nak try jenama Mighty White ni. Too sweet for me, prefer kek pisang Samudera lagi.
About the Harumanis, manissssss sekali :D
Terima kasih daun keladi MC π€
Alhamdulilah. Elok buahnya. Buah saya beli ada yang tak elok. Geram je.
ReplyDeleteAlhamdulillah elok. Itu yg geram kan. Sudah la x murah huhu
DeleteMusim kam skrg ni
ReplyDeleteSedappnya
Dari perlis yg jauhh
Ya Ciknur, musim dia skrg. Alhamdulillah rezeki Mai jauh dari Perlis
Deletewahhh besar2 saiznya
ReplyDeletekompem sedap niiiππ
Alhamdulillah rezeki :)
DeleteSedapnya!
ReplyDeleteManissss sekali :)
DeleteWahh rezeki betul . Jauh travel harum manis. Alhamdulilah besar2 buah dia
ReplyDeleteItu la jauh perjalanannya hehe
DeleteBestnya dpt tanam sendiri buah harumanis kt rumah. Buah ni memang menjadi kt perlis jeke? Kat selangor tak boleh tanam ye? Hehehe
ReplyDeleteDengarnya gitu la... Tapi belah kodiang sana ramai juga tanam harumanis. Border dgn Perlis, boleh (menjadi) kot hehe
DeleteNaik bas bawak berkilo2.... Mestu harum bas tu....
ReplyDeleteHaha... Tak terfikir la pulak π
DeleteRezeki tu dapat banyak juga. Berkotak la tu bawak nya. Gigih tu naik bas.
ReplyDeleteBetul, gigih sangat
DeleteMalam semalam harumanis yang encik suami pesan kat Shopee sampai. Habis 2 biji kiteorang makan sekali duduk je π
ReplyDeleteKan ... Sekali hadap pun boleh habis sebiji dua
DeleteWak mampu makan harum manis vietnam aje. RM 5 sekg
ReplyDeleteIni pun orang bagi Wak. Nak beli sendiri fikir berkali² juga hehe
DeleteWah..nampak gebu harumanis..alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah gebu dan elok buahnya Cg
DeleteTentu lain rasanya dapat makan buah yang ditanam sendiri dengan yang dibeli, nak nak dapat percuma. Semoga pahalanya berpanjangan hingga k e sana, berat² bawa buah mangga naik bas berkotak-kotak. Eh, nanti nak cubalah jugak karipap Ramly tu. TMG dekat rumah ni ada jual nampak hari tu.
ReplyDeletealhamdulillah...rezeki na kmerasa buah sulung tu...moga makin lebat berbuah selepas ni
ReplyDeleteBestnya ada pokok sendiri.. agaknya memang auto subur pokok harumanis tanam kat Perlis.
ReplyDeleteNak try jugalah lenkali karipap Ramly tu.
Alhamdulillah rezeki.. Bawa naik bas pula tu.. Memang betul-betul ingin berkongsi rezeki.. Semoga pokoknya sentiasa mengeluarkan hasil yang banyak.. Aamiin.. Aamiin..
ReplyDeleteKalau tengok saiz dan warna memang cantik kejadian buahnya..
fav harumanis...thn ni rezeki kt opis dpt mkn harumanis byk kali...alhamdulillah
ReplyDeleteAiiiih naik bus, bawa banyak mangga begini, semoga dimudahkan rezekinya untuk pemberi ❤️❤️.
ReplyDeleteMasih banyak mangga harummanis di sana ya kak. Harap2 akhir Juni saya ke KL masih ada lah. Nak rasa π.
Alhamdulillah rezeki tu PH...sampai depan rumah lagi..SA pun suka kek pisang Samudera tu...itu kurang manis...
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki sungguh dapat mangga harumanis
ReplyDeletemz teringin harumanis cuma lom ada rezeki
ReplyDelete