Sunday, 24 May 2026

Dinner @ Nasi Kandar Beratur 786, Seberang Jaya

Jumaat malam, bersiaran dari Pulau Mutiara. Sampai sana 9.30 malam. Terus ke kedai nasi kandar favorite, Nasi Kandar Beratur 786, area Seberang Jaya. 

Lukisan/gambar menghiasi di dinding restoran. 

Bukan tipikal kedai mamak. Most of the workers are Malays. Sebab tu kami panggil nasi kandar Melayu :D Dan taste wise pun, nasi kandaq Penang ni tak sama dengan nasi kandar di KL/Klang Valley. 

Pilihan tekak masing². 
Portion nasi 1 mangkuk kecil, just nice. Tak terlalu kenyang apatah lagi sengkak. 

Daging Denggi takpe, jangan demam denggi sudah :p

Harga makanan. 
Kakak kata, lega Kakak tengok ada harga gini. Taklah terkejut kena charge mahal..
Kesnya dia  ambil lauk sotong, dekat satu kedai mamak di SG tu, tau² harga RM30 sekoq.  Sampai sekarang trauma 😆

Kedai tutup pukul 12 mlm. 


Tq Walid for the treat 😘

 




27 comments:

  1. Saya ingat sangat waktu itu pernah ke KL dengan teman. Lalu kami makan di nasi kandar. Teman saya pilih sotong juga. Tau2 totalnya myr 25 🤣🤣🤣🤣. Saya pun terkejut. Tak sangka sotong mahal. Kalau udang okelaah, di mana2 udang mahal.

    Tapi tetap lah, sukaaaaa sangat nasi kandar. Cuma saya belum ketemu yg betul2 sedap kalau di KL. Kalau di Penang favorit saya deens maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada tanda harga senang kita nak bajet kan Fanny....
      Deen's Maju di KL pun ada tak silap. But dunno sama or not w the one dekat Penang

      Delete
  2. Balik kampung ke?
    Sayapun ada fobia ambil lauk udang 3 ketul.

    ReplyDelete
  3. Kalau ambik sotong memang kena standby duit lebih dalam dompet 😅 sama jugak dengan telur ikan hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Kalau besar takpe, ini kecik je saiznya huhu ...
      Telur Ikan favorite, susah nak tolak :)

      Delete
  4. Menu kasik kandar ni memang selalu terkejut time nak bayar kan? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Uncle. Nak² yg jenis congak je bila mengira

      Delete
  5. takut betul namanya daging denggi ekk

    ReplyDelete
  6. Sedapnya makan kan..alhamdulillah, Allah beri rezeki yang tak pernah habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga lancar rezeki kita semua hendaknya ye Cg

      Delete
  7. wahhhh PH balik kg ker, cuti2 Penang tu?

    ReplyDelete
  8. sambil balik kg atau saja2 jalan tu?.. nak ajak suami p juga la.. minggu depan linda plak cuti seminggu.. minggu ni masih kerja.. cuti pun hari raya haji je sehari...

    ReplyDelete
  9. Nasi kandar sekali sekala memanggg sedapp la

    ReplyDelete
  10. price wise, for me sgt berbaloi, portion yg just nice and not to mention semua nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  11. Kedai nasi kandar beratur 786 ni ada cawangan di Kampar Dan Taiping. Ayam goreng dia memang terbaik. 😋

    ReplyDelete
  12. Daging denggi tu...nama unik betul la....nasi kandar ni saya kurang makan sebab tak suka kuah banyak tu....suami memang suka sebab orang utara. Dulu pernah masa nak driving mengantuk sangat lepas makan nasi kandar....lepas tu suami tidur masa driving dan...lepas tu history....nak cerita balik....takut nak ingatkan.

    ReplyDelete
  13. Tu dia.... Kita ni dah lama tak ke penang pekena nasi kandar huhuu..Lagi best semua pekerja melayu.. terbaikk.. harga letak siap siap mmg senang nak pilih makanan.. tak la takut terkena over charge kan.. ☺️

    ReplyDelete
  14. kenapa namanya daging denggi tu? ke owner saja letak nama tu.

    ReplyDelete
  15. Bagus betul dia letak senarai harga macam ni.. Nak ambil pun dah boleh budget..

    ReplyDelete
  16. Ahh teringin nasi kandar lagi bila tengok ni. Kat Putrajaya ni dah terjatuh cinta dengan Nasi Kandar Saddam pulak.

    ReplyDelete
  17. Harga gitu makan 6 orang standard lah kan.. takde lah terkujat sangat sebab harga pun dah dipamerkan.

    ReplyDelete
  18. Daging denggi?
    Alamak...nasib baik selamat dimakan ye....harga for SA standard tu untuk 6 orang makan

    ReplyDelete