Cerita Sabtu lepas...
Nampak dekat TT video tentang Aeon Seasonal Clearance Sale ni. Makanya jom la pergi tengok apa yang ada tu...
Patutlah dalam video nampak tiang kata Walid.
Ummi tak perasan dah tiang ke tangga ke, yang ummi nampak dalam video tu barang² yang dilelong je 🤭
Warna beige/cream ni tengah in agaknya. Almost all brands keluarkan produk warna ni.
Beli buat hadiah kahwin pun sesuai ni.
Satu lagi yang lawa, travel iron warna merah. Lupa pulak nak ambil gambar. Lagipun cuci mata je dekat bahagian ni.
Toto, comforter, bantal, tuala banyak pilihan dan offer kaw-kaw juga. Comforter Akemi yang Ummi beli di GPO dulu pun ada. RM50 juga harganya.
Satu lagi item yang ikut Ummi balik is this 16-inch periuk. Kecik comel sesuai untuk panaskan lauk atau masak megi kata acik yang tengah belek periuk ni bersama Ummi :D
Harganya RM35 saja. Tapi bahagianya hati Ummi ni tak terkira bila dapat mainan baru gini ☺️
Setel bahagian basement tu, naik ke ground floor. Walid nak beli bun/roti untuk anak². Ada free cupcake sempena Mother's Day tapi Ummi tak dapat claim. Sebab tak bawa anak, syaratnya kena bawa anak huhu... Diorg akan ambil gambar ibu dan anak as part of their campaign ni. Promoter suruh datang semula Ahad, ada lagi katanya. Takpelah, tak rajin pulak Ummi nak datang semula semata² seketul cupcake ni 😁
Banyak juga barang menarik ni PH. Kalau sesuai boleh la beli.
ReplyDeleteIkut hati semua nak beli, tapi kena tapis juga sama ada keperluan atau kehendak :)
DeleteNak menapis tu PH....kena kuatkan hati.
DeleteKalau ada benda kena beli ok juga datang. Hehe harap lama khidmat 2 mangkuk kaserol dan periuk.
ReplyDeleteHarapnya begitulah hehe ..
DeleteSy jenis kalau ada sale, suka terjah 😁
Aeon kat rumah uncle takde pulak banda alah ni....
ReplyDeleteRugi la Uncle ahak :p
DeleteKalau ibu kuat lagi mesti dia suka shopping kt aeon macam ni...
ReplyDeleteDia suka la barang2 org perempuan gini.. hehe
Akk boleh geng dgn ibu Cuya 😁
DeleteYa Allah..dekat mana ni? Nasib lah husband kita jauh..kalau tak, kita heret dia dah.. hahaha
ReplyDeleteAeon Keramat Linda. Sale sampai 10/5 hari tu
Deleteberbaloi beli mangkuk tu murah betul.
ReplyDeleteYe Cie. 2 unit last dah tu, rezeki Akk ☺️
Deletetgk aritu kt tiktok psl sale ni...tp husband kata tkde murah sgt ..die dh pegi awal dr wife...ke taktik die tk bg wife pegi haha
ReplyDeleteTaktik tu ahahaha 😆
Deleteerr aeon mana niiii? alpha angle ker aeon au2?
ReplyDeleteAU2 MZ. Tapi dah habis kot sbb till 10/5 je
DeleteMurah betul ye harga mangkuk casserole tu. Mak2 memang suka bila tambah mainan baru di dapur hihi
ReplyDeleteLagi happy kita main masak² kan sis ahaha
DeleteAlaaa dah habis promo nya....
ReplyDeleteBest, dapat periuk baru, ada sale. 👍Saya ada nampak periuk dan kettle warna beige di Aeon sini. Cantik. Suka pergi bahagian gajet² memasak, jamu mata. 😊
ReplyDeleteberkenan pula tengok mangkuk casserole tu murah nau ye
ReplyDeleteWarna beige cream ni ala2 muji minimalist theme kan.. Rambang mata ni kalau pergi.. hihi
ReplyDeleteEh...jualan kat semua AEON ke PH...alaaa...SA pun berkenan mangkun casserole tu la
ReplyDeleteAiiih mudah mata tergoda kalau melihat jualan sale begini 😍😄😄😄.
ReplyDeletelain macam ni buat kat basement. tak panas ke?
ReplyDeletetapi harga berbaloi betul ni!