Tuesday, 12 May 2026

Aeon Seasonal Sales

Cerita Sabtu lepas... 

Nampak dekat TT video tentang Aeon Seasonal Clearance Sale ni. Makanya jom la pergi tengok apa yang ada tu...

Buat dekat basement ....
Patutlah dalam video nampak tiang kata Walid.  
Ummi tak perasan dah tiang ke tangga ke, yang ummi nampak dalam video tu barang² yang dilelong je 🤭

Ada electrical appliances, bedding items, cookware... In short home appliances la... 

Berkenan dengan multi cooker ni. Lama juga dok tenung kot² Walid nak offer beli hahaha ...

Elba ni mahal sikitlah...

Ni pun comel...
Warna beige/cream ni tengah in agaknya. Almost all brands keluarkan produk warna ni.

Tefal letak color code ni melon 
Beli buat hadiah kahwin pun sesuai ni.

Lawa 😍
Satu lagi yang lawa, travel iron warna merah. Lupa pulak nak ambil gambar. Lagipun cuci mata je dekat bahagian ni.

Toto, comforter, bantal, tuala banyak pilihan dan offer kaw-kaw juga. Comforter Akemi yang Ummi beli di GPO dulu pun ada. RM50 juga harganya. 

Ummi serbu bahagian ni la... Ada barang serendah RM3... Pinggan begini ni dijual loose, sebiji RM5. 

Ummi beli 2 mangkuk casserole ni... 

Balik rumah terus rasmikan :)

Satu lagi item yang ikut Ummi balik is this 16-inch periuk. Kecik comel sesuai untuk panaskan lauk atau masak megi kata acik yang tengah belek periuk ni bersama Ummi :D 
Harganya RM35 saja. Tapi bahagianya hati Ummi ni tak terkira bila dapat mainan baru gini ☺️

Setel bahagian basement tu, naik ke ground floor. Walid nak beli bun/roti untuk anak². Ada free cupcake sempena Mother's Day tapi Ummi tak dapat claim. Sebab tak bawa anak, syaratnya kena bawa anak huhu... Diorg akan ambil gambar ibu dan anak as part of their campaign ni. Promoter suruh datang semula Ahad, ada lagi katanya. Takpelah, tak rajin pulak Ummi nak datang semula semata² seketul cupcake ni 😁




26 comments:

  1. Banyak juga barang menarik ni PH. Kalau sesuai boleh la beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut hati semua nak beli, tapi kena tapis juga sama ada keperluan atau kehendak :)

      Delete
    2. Nak menapis tu PH....kena kuatkan hati.

      Delete
  2. Kalau ada benda kena beli ok juga datang. Hehe harap lama khidmat 2 mangkuk kaserol dan periuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah hehe ..
      Sy jenis kalau ada sale, suka terjah 😁

      Delete
  3. Aeon kat rumah uncle takde pulak banda alah ni....

    ReplyDelete
  4. Kalau ibu kuat lagi mesti dia suka shopping kt aeon macam ni...
    Dia suka la barang2 org perempuan gini.. hehe

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..dekat mana ni? Nasib lah husband kita jauh..kalau tak, kita heret dia dah.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aeon Keramat Linda. Sale sampai 10/5 hari tu

      Delete
  6. berbaloi beli mangkuk tu murah betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Cie. 2 unit last dah tu, rezeki Akk ☺️

      Delete
  7. tgk aritu kt tiktok psl sale ni...tp husband kata tkde murah sgt ..die dh pegi awal dr wife...ke taktik die tk bg wife pegi haha

    ReplyDelete
  8. err aeon mana niiii? alpha angle ker aeon au2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AU2 MZ. Tapi dah habis kot sbb till 10/5 je

      Delete
  9. Murah betul ye harga mangkuk casserole tu. Mak2 memang suka bila tambah mainan baru di dapur hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi happy kita main masak² kan sis ahaha

      Delete
  10. Alaaa dah habis promo nya....

    ReplyDelete
  11. Best, dapat periuk baru, ada sale. 👍Saya ada nampak periuk dan kettle warna beige di Aeon sini. Cantik. Suka pergi bahagian gajet² memasak, jamu mata. 😊

    ReplyDelete
  12. berkenan pula tengok mangkuk casserole tu murah nau ye

    ReplyDelete
  13. Warna beige cream ni ala2 muji minimalist theme kan.. Rambang mata ni kalau pergi.. hihi

    ReplyDelete
  14. Eh...jualan kat semua AEON ke PH...alaaa...SA pun berkenan mangkun casserole tu la

    ReplyDelete
  15. Aiiih mudah mata tergoda kalau melihat jualan sale begini 😍😄😄😄.

    ReplyDelete
  16. lain macam ni buat kat basement. tak panas ke?
    tapi harga berbaloi betul ni!

    ReplyDelete