Tuesday, 7 April 2026

Selesai Puasa 6 @ 17 Syawal

Alhamdulillah selesai Puasa 6 untuk tahun 1447H ni. Selepas seminggu beraya di kampung, balik ke sini baru mula puasa. Direct 5 hari, weekend attended rumah terbuka raya dan kenduri, kemudian sambung 1 hari lagi semalam.

Sahur hari pertama, telur masak kicap. Malas betul nak bangun masak sahur kalau bukan bulan Ramadhan. Kalau Ummi sorang je yang puasa, minum air kosong je. Tapi sebab Walid dan Abang puasa jenis makan berat waktu sahur, terpaksa relalah bangun masak 😁

Lauk berbuka Day 1 puasa 6. Gusi Ummi kena ulcer, tak selera makan. Masak pun takde mood, janji ada lauk. 

Teringin cucur jagung. Jagung beli di Gurun raya hari tu. 

Lauk berbuka hari kedua. 
Lauk sahur lupa ambil gambar, nervous result SPM keluar hari ni 😅
Ayam bakar tu beli dekat BC. Belanja Abang :) 

Lepas ambil result Abang pergi makan² dengan besties dia. Bawak balik sushi sedap untuk Ummi Walid berbuka. Walid tak makan, Ummi la pulun. Sedap ya amat! Selalu makan sushi mur² je, kena hat have² ni memang bezalah rasanya tu. 

Berbuka hari ketiga. 
Sepenuh² mangkuk Abang letak masak lemak udang + kacang buncis. Ummi stressed tau dengan 2 beranak ni. Sorang suka sangat guna bekas  kecil untuk makanan yg banyak. Melimpah macam ni la... Yang walidnya pula, suka guna piring/pinggan besar untuk letak makanan yang sikit. Ayam seketul pun nak letak dalam dinner plate 😇

Hari keempat langsung tak ambil gambar. Kemalasan menjadi² :D 

Hari kelima pun gambar asal boleh je 😆
Tauhu Sumbat tu berjangkit dengan Kak Rawiwa, yang berjangkit dengan SA kot haha... Seronok dunia blogging ni. Sorang buat itu, yang lain pun nak mencuba 👍🏻

Berbuka hari last Puasa 6. 
Alhamdulillah cantik kejadian kari ayam Ummi kali ni. Kerisek tak letak. Tauhu ada seketul lagi, buat lagi tauhu sumbat. Ummi dengan Abang je makan, cukuplah sorang separuh tauhu tu. Sayur dan sambal goreng buat pelengkap hidangan. 

Alhamdulillah selesai sudah puasanya untuk Ummi Walid. Abang ada lagi 3 hari 💪🏻

7 comments:

  1. SA ada lagi 5 hari...dah la jumaat meriahnya syawal HQ...so sambung la lagi nanti Isnin sampai Rabu minggu depan..haaa betul la tu..kak Rawiwa berjangkit ngan SA...SA ada beberapa menu tauhu simple untuk kudapan breakfast atau minum petang, nanti SA share ye...

    ReplyDelete
  2. hah menu tauhu sumbat PH ada komen gk kt entry kita aritu..alhamdulillah selesai sudah...kita minggu depan byk makan2 lg raya opis plak...br lps puasa ingt berat turun..nanti bertbah blk berat ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ya baru teringat. Memang boleh berjangkit kan 😂

      Delete
  3. Alhamdulillah..seronoknya..Linda baru mula hari ni...kali ni period panjang sampai istihadah pula, jadi tak seronok nak puasa..hahaha..sebab ingatkan macam period je lagi..implanon punya pasey la ni

    ReplyDelete
  4. Alahai saya belum habis lagi. Dugaan rasanya berpuasa bulan Syawal.

    ReplyDelete
  5. Kami lagi 2 hari. Insya Allah. Ikut Dania boleh puasa ke tak sebab ikut kelasnya. Kalau Dania ada amali tak puasa la. Insya Allah esok satu hari 8 April dan mungkin 9 April selesailah kami anak beranak berpuasa....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah selesai puasa 6. Saya baru nak start sbb baru habis bendera jepun 😅 balik dari kampung nak mula tapi masa tu kena demam selsema pulak.

    ReplyDelete