Friday, 24 April 2026

Rezeki Abang

Masih cerita Syawal...

Surau kami adakan majlis ni Jumaat lepas, meraikan anak² lepasan SPM yang dapat 6A ke atas dan bakal tetamu Allah. Alhamdulillah ada rezeki Abang. Selain Abang ada beberapa lagi kawan²nya yang diraikan; Kimi (kawan se-PASTI dulu), Afif (kawan SRAI) dan Widaad (rakan SRAI dan SMKA). 

Dapat hadiah wang tunai. 
Untuk bakal haji, wang tunai diberi dalam matawang Saudi Riyal. 

Malam yang sama juga diadakan Rumah Terbuka Surau. Waktu makan tu, Abang dan para penerima hadiah SPM ni ditempatkan di meja VIP. Makanan disediakan dalam dome, tak payah beratur ambil makanan. Memang betul² diraikan. Tumpang gembira Ummi dengar ceritanya. 

Dia kalau makan mana pernah lupa Ummi ☺️
Bawak balik juga nasi beriani jamuan raya tu. Adik pun pergi dengan Walid. Ummi malas, nak prep untuk masak² esoknya. 

Ini pula hadiah dari Atok Hj Razak. Atok bagi 5 pesanan kata Abang; 

1. Belajar bersungguh²
2. Minta restu mak ayah
3. Doakan orang lain 
3. Jadi pelajar cemerlang 
4. Sentiasa doakan Atok

Terima kasih Atok. 



7 comments:

  1. Majlis yang PH buat untuk Abang geng GEXXIN hari ini kan? Semoga berjalan lancar.
    Alhamdulillah rezeki lagi.

    ReplyDelete
  2. Murah rezeki Abang, dirai dan macam² hadiah dapat.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah buat Abang.. Semoga sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat. Aminn..

    ReplyDelete
  4. tahniah abang...rezeki dpt duit juga tu

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah rezeki abang. semoga murah rezeki pada pemberi

    ReplyDelete
  6. Bagusnya abg tak lupa pada mak!
    Alhamdulilah atas rezekiNya yang tiada habis habisnya

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, murah rezeki abg!

    ReplyDelete