Tuesday, 14 April 2026

Makan Sotong Buncit Jahat @ Restoran Top D'Gurun, Gurun Kedah

Restoran ni tak jauh dari kaki Gunung Jerai tu. ± 1 km je, hala ke Gurun/Sg Petani. Tepi jalan besar, senang nak cari/nampak. 

Tumpuan riders juga. 
Depa ride naik Gunung Jerai berhenti makan di sinilah agaknya. Banyak sticker yang dilekatkan di white board ni. 

Inilah si buncit yang jahat tu :p
Lauk sotong bakar ni dah diletak dalam piring beserta sos begini. Harga ikut saiz. Tak silap bermula dari RM22. Yang kami ambil ni harganya RM27 kot (ingat² lupa harganya) Sotongnya agak liat bagi Ummi. Kena pulak ada ulcer dalam mulut, tak selesa sungguh nak mengunyah.  Tapi anak⁴ dan Walid steady je makan. Kira sedaplah tu...

Lauk lain yang kami ambil. Konsepnya layan diri. Bayar dulu sebelum makan. Hidangan kami, termasuk air kosong 6 gelas, nasi putih 6 pinggan dan teh ais ikat tepi 2 jumlah keseluruhan RM85. 

Makanan di sini banyak pilihan, itu yang jadi tarikan ramai tu. Menu lauk² kampung, lagilah ramai peminat. 

Kedai luas. Susun atur meja macam makan kenduri. Meja panjang bawah khemah. 

Kalau lalu sini, pakat² singgah naaaa 🤗





27 comments:

  1. kalau menu lauk kampung memang jadi pilihan tak pernah jemu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cie. All time feveret semua orang kot 😁

      Delete
  2. kreatif betul nama menunya!! MZ suka sotong!! ari isnin ari tu, ada jugak MZ masak sotong goreng kunyit..cuma sotong saiz kecik2 laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sotong goreng kunyit favorite dak Adik. Kalau beli sotong kena masak ni je la. Kalau tak, Adik tak makan 😁

      Delete
  3. Jahatlah sotong ni, sebab liat, hihi. Belum pernah sampai lagi kat kawasan Gunung Jerai ni, selalu cuma nampak dari kejauhan jer sambil nyanyi lagu Cinta Pantai Merdeka, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke? SK pergi la stay atas gunung tu. Best juga tempatnya dan cantik pemandangannya. Tapi, PH pun baru first time ke Gunung Jerai tu 😅

      Nampak Gunung Jerai auto nyanyi lagi tu kan :D

      Delete
  4. Dah sampai satu ketika dulu tapi tak makan sotong

    ReplyDelete
  5. Baik. Lain kali lalu, Insya-Allah, singgah. Bapak besor sotongnya, ada telur. 😋

    ReplyDelete
  6. Makan sotong buncitok lah asalkan bukan kita yang buncit lepas makan. Nama gelemer sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha 😂😂😂
      Buncit tu tak la Kak, sengkak adalah hehe

      Delete
  7. InsyaAllah.. Ada rezeki nak juga ride ke sini..
    Kita tanda dalam google maps dulu..

    ReplyDelete
  8. Aduhai...trliur..Tp knp sy ttibe trigt kerabu sotong ? =D

    ReplyDelete
  9. Sotongnya bakar macam tu takde perapan ke sis? Saya peminat sotong tapi kalau liat jenuh jugak nak makan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde sis, kena cicah dengan sos tu baru ngam. Okay je takde liat mana kot, sbb diorg makan steady je :D

      Delete
  10. Yang share pun jahat tau hahhahahah
    Mana nak carik ni!

    ReplyDelete
  11. sambal belacan tu nampak mengancam betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ... Ikutkan nak ambil pelbagai ulam, tapi sakit mulut (ulcer) huhu

      Delete
  12. Dulu masa pergi gunung jerai ada gak lalu sini. Terhibur dgn nama kedai tu, nak sangat cuba. Tapi ramai oranggg

    ReplyDelete
  13. video resto ni selalu lalu lalang kat TT
    harap ada rezeki mkn kt sini suatu hari nnt

    ReplyDelete
  14. Ala tak singgah pun sini hari tu tapi mungkin ni buka siang la kot kan PH?. Next boleh la singgah sini.

    ReplyDelete
  15. Saya suka sebenernya sotong, tp memang hrs yg lembut. Dan lebih suka yg bagian dekat kepala. Krn ada semacam daging chewy nya 😄. Kalau dah dekat ekor, agak kurang suka

    ReplyDelete