Wednesday, 15 April 2026

Aril Homestay @ Tanjung Rambutan, Perak

Cantik sangat homestay yang kami inap balik dari kampung beraya hari tu. Biasanya kami stay area Meru, tapi kali ni pilih area Tambun sebab dekat dengan rumah Cik Yah (kawan sekolah rendah Ummi). Lagipun Tambun ni dah menghala ke KL (selatan). 

Ruang tamu cantik, selesa dan lengkap semua; sofa, TV, aircond, kipas siling... Owner hias dan lengkapkan homestay ni umpama mereka sendiri tinggal di sini. Feels so homey. 

TV kliaaa elok 

Ruang makan bersebelahan ruang tamu. 

Dapur yang lengkap dengan peralatan dan perkakas memasak. Lubang asap dibalut kemas 👍🏻 
Melihat kepada semua kemasan dalam rumah ni, sama ada owner punya citarasa tinggi atau pun beliau sendiri punya pengetahuan/kemahiran DIY untuk hasilkan susun atur rumah begini. Neat and tidy semua tempat. 

Setiap suis dilabel kemas 👍🏻 

Paip untuk air aircond ruang tamu 'ditanam' bawah lantai bilik master bedroom dan airnya terus dibuang ke dalam bilik air master bedroom. Bagus idea ni sebab air aircond ruang tamu kami terpaksa 'jalan jauh' sampai belakang rumah. Ada rezeki reno rumah boleh ambil idea ni. Kemas. 

Selain finishing, hiasan rumah pun sedap mata memandang. 

Master bedroom

Bilik tidur kedua dan ketiga. Kongsi bilik air. 
Semua bilik ada aircond. Termasuk di ruang tamu, 4 unit aircond semuanya. Berbaloi dengan harga sewa RM250/semalam. 

Last but not least yang menarik perhatian kami ialah laundry area. Selain dilengkapi mesin basuh dan peralatan menggosok baju, disediakan ruang khusus untuk berwudhuk. Suka sangat dengan idea ni.  Kalau tetamu nak tumpang solat pun senang, ambil wudhuk dekat sini je. 

Rumah baru di kawasan perumahan baru juga. 

Owner homestay sangat responsif dan mesra. Kalau ada yang nak menginap di area Tambun, Tg Rambutan boleh Google Aril Homestay. Dekat FB ada, TT pun ada contact number owner

Ada rezeki boleh singgah lagi In Sha Allah. 



6 comments:

  1. Saya tengokpun rasa selesa macam tidak mahu keluar rumah. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Mesti dia reno homestay tu untuk selesa macam sendiri yang duduk.

    ReplyDelete
  3. kemas dan cantik. Dah macam dalam majalah hiasan rumahnya

    ReplyDelete
  4. Ini kira macam testimoni yang baik ni...

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas info yang terbaik.. nampak selesa je

    ReplyDelete
  6. puas hati kan. harga pun reasonable sgt.

    ReplyDelete