Monday, 13 April 2026

Abang | Lesen Motor

Kos ambil lesen motor & kereta sekarang, keras amat! Syukurlah bayarannya secara berperingkat, bukan sekali gus. Itu pun ada lagi kos² lain yang tak masuk dalam pakej ni. Contoh kalau gagal ujian QTI (pra-JPJ) atau pun ujian JPJ, kena bayar lagi untuk repeat test

Ummi catat di sini untuk future reference dan info semua. Dengan pengalaman yang kami lalui dengan Abang ni, kami rasa untuk Angah nanti mungkin F4 ambil lesen motor dulu. Jimat masa. Kawan² Abang ada je yang buat gini. Weekend minta kebenaran warden balik untuk ke kelas memandu. 

 21/1 ambil ujian komputer. Markah lulus sekarang 70. Zaman Ummi dulu 50. Lesen L akan siap dalam masa 3 minggu katanya. Pesan kerani sekolah memandu (SM) tak payah call, tunggu je SM maklumkan. 

28/1 Masuk kelas 6 jam. Buat bayaran lagi, baru dapat jadual kelas untuk belajar motor. Untuk kereta belum ada slot kosong. 

1/2 Abang dapat SMS kuota BUDI 95 dah dimasukkan. Eh jap, maknanya kalau dapat BUDI, lesennya dah ada la kan? Semak dengan SM, betul lesen L Abang dah siap. Janji nak call, depa buat senyap je. Rugi masa :( 

6/2 His first class (motor). Untuk kelas motor kena complete 15 jam. Abang pergi 4 hari je. Masa belajar tu kejap je, tapi nak dapat jadual belajar tu yang lama :( Sebab tu ada kawan² dia ambil lesen memandu di kampung (luar Lembah Klang ). Dalam 2 bulan gitu dah dapat lesen. 

Abang lepas SPM ni baru pegang motor. First day belajar tu langgar dan naik atas  beam juga katanya 🤭

16/2 Ambil ujian pra-JPJ (QTI). Gagal 😌

24/2 Repeat QTI, bayar RM30. QTI ni kena lulus, kalau tak takleh ambil ujian JPJ (untuk dapat lesen P). Alhamdulillah kali ni lulus. 

8/4 Baru giliran Abang ambil ujian JPJ. Sehari sebelum tu datang buat latihan, kena caj RM30. Sebelum ni percuma je kalau nak berlatih sebelum ambik ujian JPJ. Tapi sekarang kena bayar RM30. Katanya ada kaitan dengan ketidakstabilan bekalan minyak global. 

Alhamdulillah Abang lulus untuk ujian JPJ ni syukur. Hikmahnya tarikh ujian JPJ ni lambat, in between dapatlah Abang biasakan diri bawa motor. Alhamdulillah setakat ni lulus dah ke masjid, ke surau, kedai² area sini... 

In Sha Allah bulan depan mula belajar kereta. 


19 comments:

  1. Good luck utk lesen motor. Kalau pandai imbang, in Shaa Allah boleh lulus dgn cemerlang.

    ReplyDelete
  2. eh, ada pulak reason macam tu...pandai je nak ambil duit.. hurmm...
    good luck abang...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, lepas ni umi dh ada driver lah.. hehehe

    ReplyDelete
  4. my ariff pun nak kena amik lesen keta jugak ni..tp rasanya dia nak abihkan spm dulu, tak nak kacau fokus spm

    ReplyDelete
  5. Wah buat 2 lesen sekali. Semoga berjaya Abang.

    ReplyDelete
  6. Teringat dulu saya ambil kelas memandu kereta, masa sekolah menengah tak pernah bawa motor. Tapi akhirnya beli motor je senang sebab duduk KL senang nak merempit dan mencelah.

    ReplyDelete
  7. Mak aiii mahalnya buat lesen skrg ni! 🫣 zaman saya ambik dulu baru 900+ (500+ utk kereta, 400 utk motor) 😅 saya ambik lepas habis belajar & bayar guna duit gaji sendiri. Alhamdulillah dua2 lesen berguna sampai ke hari ni hihi

    ReplyDelete
  8. semoga berjaya.. teringat zaman amik lesen memandu dulu hihi.. tapi taklah sesukar macam la ni

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...tahniah abang...lesen kereta amik manual ke amik auto?mahal betul sekarang ni erk...

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudah urusan abang untuk ambil lesen kereta pula.
    Mahal kan, bayaran untuk belajar memandu dan lesen. Jauh beza dengan zaman kita dulu.

    ReplyDelete
  11. Mahal kan buat lesen sekarang walaupun banyak sekolah memandu dah. Zaman dulu takde sangat sekolah memandu. Tempat nak belajar tu terhad.

    ReplyDelete
  12. Pergh!! Mahal betul bayar lesen sekarang.. huhuhu..

    ReplyDelete
  13. Good luck abang.
    Bagus juga buat lesen motor dulu.
    Kalau kat Lembah Klang memang lambat... mujur abang ipar ada sekolah memandu kat Tapah, itu yang anak-anak akak belajar kat sana. Duduk dengan ummi terus sepanjang ambil lesen.

    ReplyDelete
  14. Keras betul kelas lesen memandu zaman sekarang.. lebih dari 1k ye. Tpi yg ujian sebelum test JPJ tu, zaman saya ada gak kena bayar. Saya repeat smpai 3 kali, banyakla duit keluar hahaha

    ReplyDelete
  15. Bagus la PH markah lulusnya 70. Ya zaman saya pun 50 markah lulusnya. All the best ya. Moga berjaya pula utk lesen kereta. Kalau Dania hanya ada lesen kereta je.

    ReplyDelete
  16. serammmm tgk harga amik lesen skrg
    dgn harga mcm ni mmg x boleh nk failed
    all the best abg💪

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, semoga nanti saat ambil lesen mobil, bisa lancar juga yaaa ☺️. Memang mahal ya kak, dj sinipun sama. Walaupun saya tak pernah ikut, sebab memang tak berani bawa mobil di jakarta 🤣

    ReplyDelete