Thursday, 2 April 2026

Shopping @ Dhia Cotton Alor Star

Berkenan Ummi dengan baju raya Kak Una. Baju kurung modern, tapi loose je cutting-nya. Nampak sopan. Risik² dengan ibunya, depa beli di warehouse Dhia Cotton di Alor Star. Sebelah Lotus's Stargate, dekat Tol Aloq Staq Selatan tambah Paksu. 
Kliaaaa 👍🏻👍🏻👍🏻

Dari Pekan Rabu, teruslah ke sini. 

Tersergam gagah butik milik anak Melayu kita. 

Sejarah Dhia Cotton. 

Nampak mewah dekorasinya...

Tapi jangan risau, harganya affordable... 
Walaupun nama jenama Dhia Cotton, tapi material kain tu pelbagai. Bukan terhad pada kain cotton saja. 

Rambang mata nak memilih...ada jubah, abaya, kurung traditional, kurung moden... Dari segi saiz, cater untuk yang plus size juga even for baju kurung moden. Selain baju, ada juga tudung termasuk bawal bidang 48". Ummi lupa nak tanya tudung bawal bidang 60" ada ke tak. Sebab yang beli bawal bidang 48 " tu Adik. Dia suka tudung besar :)

Untuk lelaki, ada kurta dan baju Melayu juga. Telekung pun ada. Gambar tak ambik pulak sebab asalnya Ummi je nak shopping. Tup² gegirls pun sibuk pilih baju, pakat grabbed sorang satu baju kurung (Adik) dan jubah (Kakak). Angah dan Walid pula berkenan dgn kurta. Ummi sebagai pakar rujuk depa, kenalah bantu buat pilihan :p
 Abang je tak beli, dah beli dekat Pekan Rabu tadi. 

Angah dengan kurta pilihannya 👍🏻

Salah satu baju pilihan Ummi. 
Kurung moden tapi cutting loose
Sedondon pulak dengan Angah :)

Alang² dah masuk Zohor, kami minta izin nak solat di sini. Abang Jaga tunjukkan surau cantik ni. Staff Dhia Cotton ni semuanya ramah dan helpful. Senang hati berurusan dengan mereka 👍🏻

Personally, Ummi recommend butik ni kalau nak shopping baju kurung/jubah/kurta. Banyak pilihan, selesa dan staff pun mesra di samping harganya yang affordable. Dhia Cotton ni ada 22 cawangan tak silap. Yang kami pergi ni warehouse depa. Selain physical boutique, boleh juga beli secara online. Type je Dhia Cotton, nanti keluarlah info tentang jenama ni. 

Happy shopping

#Ini bukan iklan berbayar, sekadar kongsi pengalaman ✌🏻 








Singgah Pekan Rabu Sat

Tak sah kot kalau balik Kedah tak pi Pekan Rabu. 

Kebanyakan premis niaga dah buka. 
Pengunjung tak ramai sangat time ni. Kebanyakan yang Ummi nampak tu mostly perantau macam kami; singgah beli ole² di Pekan Rabu untuk dibawa balik ke sarang masing² :) 

Ummi beli kuih loyang dan serbuk rempah Cap O, buah tangan untuk jiran². Yang shopping sakan tu Walid, beli samping songket. Lepas raya baru beli 😁 
Abang pula cari kurta, adalah saiznya tu. Dulu beli jubah putih pun dekat sini. Banyak juga pilihan untuk plus size

Seketul Adik yang semakin pandai bergaya ☺️


Wednesday, 1 April 2026

Breakfast Raya @ Rumah Maksu

Alhamdulillah 2 hari berturut² Paksu Maksu ajak breakfast di rumah depa. 

Kira beraya sekali la ni... 

Menu breakfast Raya ke-4, sebelum kami konvoi beraya di Kodiang . 
Sekarang belah sana wai wai noodle ni tengah popular kot. Itu hari baca post Mak Cella ada menu wai wai juga. Wai wai ni macam kue tiau tapi lebih halus. 

Menu lain nasi impit pandan, kuah lodeh dan sambal sotong kembang selain menu dalam pinggan 👆🏻

Raya ke-5 Maksu masak nasi butter, sate goreng, ayam masak merah.. Maklong buat sandwich dan Tok Umi goreng spiral pasta. Makngah bawak perut, as usual :p 

Tidaklah Ummi datang dengan tangan kosong, bawa juga buah tanganl. 

Ada ketupat jagung 😋😋😋

Special for Abang, kopi O by Maksu buat bekal dalam perjalanan. 
Rezeki anak⁴ Ummi, mak² penakan (mak saudara) semua baik², rajin melayan ❤️




Games di Hari Raya

Lepas sarapan raya ketiga, sempatlah buat games sikit untuk cucu¹¹ Tok Ayah. 
Uda la in charge bab² ni...

Seperti biasa, ada hadiah disediakan. 
Hadiah biasa² je, buat seronok orang kata

Round pertama lucky draw. Semua ambil no, termasuk Ummi. Kakak dapat hadiah idaman, head phone 😍

Abang dapat sticker, Angah hanger, Ummi 3-tier lunchbox. Adik tak dapat sebab kertas undinya nombor 0. Kiranya semua yang kertas #0 tu tak dapatlah hadiah untuk round pertama ni. 

Round kedua ada games sesama sepupu. Bahagi 2 kumpulan. 

Dapat hadiah lagi yeay! 
Team menang pilih hadiah dulu. Kakak pilih towel, Adik pilih sticker
Stoking tu Angah punya. 

Abang pilih 2-tier lunchbox
Dia tau Ummi suka bekas² gini hehe... 

Hasil kemenangan Makngah dan anak⁴ :D