Wednesday, 25 March 2026

Balik Baling @ 3 Syawal

Agenda pertama dan utama semestinya ziarah kubur Tok Wan. Minta Abang lead baca Yasin untuk arwah datuknya. Keempat² beradik ni tak pernah jumpa Tok Wan masa hayatnya. Dah 25 tahun Tok Wan pergi, tapi rindu di hati tak pernah surut πŸ₯Ή

Berhampiran kubur Tok Wan ni, kubur arwah adik saudara Ummi, Naim yang meninggal bulan puasa hari tu. Ziarah juga pusara arwah. 

Jom ikut Ummi balik kampung! 
Dulu Ummi jalan kaki sorang² je pergi masjid (area kubur tu) untuk ke sekolah agama. Kami mengaji agama di masjid masa tu. Bila pandai bawa basikal, naiklah basikal tua ke masjid. Dan belajar bawak motor pun di jalan ni. Maklang Liza tolong ajarkan. Belajar dengan Tok Wan asyik nangis je bila kena tegur πŸ˜… Kitanya manja, anak bongsu kesayangan Tok Wan :D 

Langkah kanan, dijemput makan kenduri di rumah Wan Kob (ayah arwah Naim). Kami datang niat nak ziarah raya saja. Rupanya depa buat kenduri arwah dan jemput semua jiran² dan saudara mara di kampung. Memang sedap lauk pauknya; kerabu pucuk paku, ayam masak kicap, ulam, sambal belacan dan nenas masak lemak dengan ikan masin. Sedap² semuanya alhamdulillah. Lebih manis, Ummi dapat jumpa saudara mara dan jiran sekampung. Dapat peluk Tokcik Ya dan Tokngah Daharah, best friends Tok terubat juga rindu pada arwah bonda tersayang. 

Dari kampung Ummi, bergerak pula ke kampung sebelah memenuhi jemputan kenduri kawan sekolah rendah dulu. Konvoi dengan Kak Ta, anak Tok Imam. Ambil gulai batang Pisang dan ayam goreng ala pasar malam buat ratah². Airnya pula air balang, pelbagai perisa. Menarik menunya. 

Cenderahati dari tuan rumah. 

Suhu 42°C! 

Rumah seterusnya, rumah Maklang Di. Kak Aida jamu laksa sedap πŸ˜‹
Di dapur ni la Ummi dan arwah Tok selalu bertandang dulu². Arwah Toklang, mak Maklang Di kakak kepada Tok. Hujung minggu Tok rajinlah ke rumah kakaknya ni. Kadang kami jalan kaki lalu jalan kampung, kadang Tok Wan hantar naik motor. 

Tak sah balik Baling tak singgah di Eco Shop cawangan ke-120 ni :D 
Angah sempat gunting rambut dekat barber (kerusi kuning) tu. 10 ringgit je upahnya. 

Gunung Jerai 
Menjelang Maghrib kami sampai di Gurun. 

Trafik hala ke selatan (Penang/Ipoh/KL) merangkak² dari Pendang ke Gurun. Ramai kawan² update jalan sesak teruk Isnin malam tu. Selasa ramai yang dah mula kerja. 

Sampai Jitra terus cari kedai makan. Dinner siap², balik rumah boleh terus mandi dan berehat. 

Alhamdulillah seronok balik raya di kampung Ummi kali ni. Cuma, sayang sikit tak dapat jumpa Makngah. Makngah ke Penang makan kenduri. In Sha Allah balik nanti (ada kenduri di kampung), harap ada rezeki jumpa kakak Ummi ni. 





19 comments:

  1. "Duit raya banyak" Amboi... statment yang bold! Hahaha!

    ReplyDelete
  2. Hari-hari yang dilalui penuh dengan aktiviti.

    ReplyDelete
  3. sedapnya menu kenduri. kerabu pucuk paku tu sedap.

    ReplyDelete
  4. Menu kampung tu yang sedap...
    Kedai Eco pertama akak pergi kat Kulim.. masa tu memang tak jumpa lagi kat Selangor. Teruja beli barangan RM2😁 macam-macam diborong. Sekarang kat mana-mana ada. Harga pun dah naik.

    ReplyDelete
  5. gulai batang pisang..uihhh terliur SA..lama diidamkan...last makan 2018 rasanya kazen kahwin kat Jitra...

    ReplyDelete
  6. beraninya ummi jalan sorang2 lalu kawasan kubur, ahaa.
    tahun ni beraya memang panas betul..

    ReplyDelete
  7. wah ada kerabu pucuk paku. alhamdulillah rezeki dapat ke kenduri.

    wah lawanya view gunung jerai

    ReplyDelete
  8. Menu kampung gulai batang pisang dah jarang jumpa. Bestnya

    ReplyDelete
  9. Sedapnya dapat makan menu kampung macam tu. Boleh buat menambah nasi. Mana nak cari gulai batang pisang dan kerabu pucuk paku. Alhamdulillah ada rezeki jumpa ramai sanak saudara dan kawan-kawan Tok Wan

    ReplyDelete
  10. Masya-Allah, 42 darjah celcius. Panas bebenor..
    Alhamdulillah, seronok dapat jumpa saudara-mara di kampung. Makan lauk sedap² pula tu, gulai batang pisang. πŸ˜‹

    ReplyDelete
  11. best sgt dpt beraya jumpa2 mkn2 dgn sedare mara!!

    ReplyDelete
  12. sedap sedap ya menu kendurinya.. jeles nya

    ReplyDelete
  13. Suhu panas 42.. tapi raya tetap raya.. alhamdulillah sedap semua makanan ☺️πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  14. org utara... kalau kenduri tak sah kalau tak ada gulai batang pisang ;-)

    baling kat mana tu? sy ada member duduk Baling. dulu dia duduk kg. lps mak dia meninggal, dia beli rumah taman dkt2 situ jg. sy sempat laa ke sana masa dia kawen

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...seronok dapat balik kampung..jumpa saudara mara

    ReplyDelete
  16. Jalan pi mesjid & kuboq tu macam jalan kampung saya jugak tu PH...😍

    ReplyDelete