Sunday, 15 February 2026

Sarapan @ Restoran Syafinas, Batu 8, Gombak

Cerita minggu lepas... 

Ada urusan di sekitar sini, jadi bila nampak ada kedai makan buka awal pagi, terus singgah. Nampak pulak kain rentang "Roti Canai Kari Kambing", lajulah suruh Walid tekan brek :p 

Seberang jalan.. Susah juga nak lintas jalan, banyak kereta pagi² ni. Orang nak pergi kerja, nak hantar anak sekolah dsbnya... 

Kedai bersih 👍🏻

Kuih muih pelbagai jenis, suka! 
Ummi beli pulut kacau (wajik), seri muka dan kuih apam kot... 2-3 hari sebelum tu memang teringin nak makan pulut kacau, alhamdulillah jumpa hari ni... Nak puasa ni teringin makan macam² ☺️

Roti Canai Kari Kambing pilihan Walid dah sampai... 

Ummi peminat nasi lemak... Ambil sambal ikan bilis dan sardin serta kentang belado sikit. Pilihan makanan pun pelbagai jenis. 

Abang pilih nasi goreng, telur mata dan sosej. 

Roti kosong 👆🏻 tak cukup, sedap sangat jadi Walid order roti telur pulak. Yang ni Ummi tumpang juga sesuap dua. Sedap 👍🏻 

Seronok makan di kedai ni, selain banyak pilihan makanan, kedai bersih dan pekerja pun semua cekap. Lebih seronok tengok semuanya anak² muda kita. Harga makanan kami hari tu termasuk 5 ketul kuih dan minuman ±RM35.00. Cuma, parking susah sikit sebab betul² sebelah jalan besar. 

Kedai beroperasi sekitar jam 7 pg. Tutup pukul 4 ptg (ada lauk campur utk makan tengahari). Sebelah malam ada jual Ayam Gepuk. 

Lokasi berhadapan simpang masuk ke Masjid Gombak Utara. In Sha Allah kalau lalu sini lagi, boleh repeat


13 comments:

  1. Maaaakkkk.....roti canai kari kambing!

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan roti canai kari kambing. Last sekali makan dekat Jerteh, Nganu.

    ReplyDelete
  3. Mmg favourite la kalau canai cicah kari, tambah² kari kambing.. kalau nk repeat tu means sedap la tu kan PH

    ReplyDelete
  4. Sedap la, tengok nasi lemak dan roti canai kari kambing. Setuju bab sebelum puasa ni, rasa nak makan macam-macam. Hehe...

    ReplyDelete
  5. Banyak kambing dia... puas makan ni

    ReplyDelete
  6. Saya sarapan suka makanan berkuah. Huhu menarik kari kambingmya.

    ReplyDelete
  7. Roti canai makan panas² memang sedap .. balik Taiping, dekat pasar tani ada orang jual pulut kacau juga .tapi, tu la..kita ni tak minat sangat..takde la beli

    ReplyDelete
  8. sedapnya roti canai kari kambing. pasni kena selalu repeat sinilah, kedai bersih, pilihan makanan banyak. harga pun murah

    ReplyDelete
  9. Seronok kalau kedai ada banyak pilihan sarapan ni. Berpatutan la juga harganya tu.

    ReplyDelete
  10. Suka la kalau kedai banyak kuih muih ni sebab kadang nak makan kuih muih je tak nak yang lain.

    ReplyDelete
  11. Memang suka sangat kalau ada tempat yg jual pelabgai jenis kuih mcm tu

    ReplyDelete
  12. roti canai kari kambing sedap tgk

    ReplyDelete