Simpan sini resepi Puding Caramel Mok Abe Wee yang Ummi buat semalam. Abe Wee ni Tiktoker/influencer. Beliau juga abang kepada Mek Yun, juga influencer/Tiktoker/selebriti.
Bahan² utk karamel;
½ cawan gula
2 sudu makan air panas
- masukkan gula dalam pan/periuk non stick, buka api dan biarkan gula mencari (caramelized). Api sederhana, kacau sekali sekala. Biar gula dah cair, tambah 2 sudu makan air panas sambil dikacau² dan angkat dari api. Kena laju² supaya caramel tu tak mengeras. Tuang ke dalam acuan/loyang yang sesuai. Ketepikan.
Bahan² Puding
2 cawan susu segar/full cream
2 sudu makan gula - still too sweet for me, nx time buat nak kurangkan kpd 1 sudu makan shj
3 biji telur saiz B
1 sudu kecil esen vanilla
- campurkan susu segar dan gula. Masak sebentar atas api, cukup setakat Diam, jangan sampai mendidih.
- dalam masa yang sama, pecahkan telur, masukkan esen vanilla dan pukul sebati
- masukkan campuran susu + gula ke dalam adunan telur. Kacau² manja hingga sebati.
- tapis adunan. Kalau ada buih² sudukan keluar supaya tekstur puding cantik (licin)
- tuang adunan ke atas gula caramel tadi.
- panaskan kukusan,masukkan loyang, tutup loyang supaya air tak menitis atas puding dan kukus 20 minit.
- Bila puding dan masak, masukkan dalam peti ais dulu. Dah sejuk dan keras nanti baru dikeluarkan dan dipotong.
Pudingnya nipis je, sebab Ummi guna loyang agak besar. Mok guna bekas kecik². Adunan tu melebar ikut saiz loyang, bukan meninggi. Adunan pun sikit je, jadi tidaklah puding tu jadi tebal/tinggi.
Tak cantik sangat tapi alhamdulillah menjadilah juga cubaan Ummi kali ni. Pernah give up ye buat puding caramel ni beberapa tahun lepas 🤠Failed bab nak caramelized kan gula tu. Kita ni tak menyabar, lambat sangat gula tu cair, terus masuk air panas. Jadi keraslah dia haha... Time tu cuma baca resepi, sekarang tengok video jadi lebih faham. Dan boleh nampak cara dan teknik yang betul.
Hujung minggu ni Angah balik, In Sha Allah nak buat lagi sebab dia suka puding caramel. Bahan mudah dan murah je :)
Resepi penuh sini ye: TikTok Abe Wee
Tq Abe Wee & Mok for the recipe.
Buat version KA la PH, x yah letak air panas...tambah roti dan cream cheese je
ReplyDeleteVersi KA advanced sikit SA... Try yg senang dulu hihi
DeleteBaru tengok TT mok Mek Yun dan Abe Wee ni semalam. Sedapnya puding karamel ni. Berbuka nak kena makan manis sikit sebab nak bagi tenaga.
ReplyDeleteSy makan as dessert. Awal berbuka Sy prefer kuih yg savoury.
DeleteTapi kan, Abe Wee tak aci tau, mintak tolong mak buat keje sekolah sekali.. hehehe..
ReplyDeleteHahaha... Tak pasal² kena sound dgn Cg KA 😂
DeleteMZ tak pernah try lagi buat puding karamel ni
ReplyDeleteI pun baru kali ni jadi MZ ðŸ¤
DeleteRasa macam resipi KA tu lagi senang walaupun banyak bahan. Blend je semua sekali.
ReplyDeleteNanti la try buat kalau ada kerajinan hihi
DeletePuding caramel ni tak pernah masuk dlm list ammi teringin nak makan. Tp gigih gaklah ammi baca resepi sbb mana tau nanti masa berbuka reramai nak try buat ke pastu baca ikut cara Abe Wee ni bercakap hahaha.
ReplyDeleteKita ni repeat paper Ammi. Semester sebelum² ni gagal, ni yg nak juga buktikan kebolehan diri ahaha
DeleteMY pernah buat awal awal kahwin dulu tapi suami MY tak makan sebab tak suka rasa susu dan telur digabungkan. dia kata loya...hahaha.. sejak tu memang tak buat lagi dah. ni anak anak minta pula...
ReplyDeletemula2 buat dulu ya sy pun letak air panas... lps tu x letak daa.... sbb tak nak nmpk puding tu terlalu 'berair' nnt ms nak mkn... ni pd pandangan sy laa ;-)
ReplyDeleteTahniah atas kejayaannya.
ReplyDeleteHaritu adik saya je buat puding karamel ni. Ikut cikgu KA punya kelas, menjadii.
ReplyDeleteKalau saya tak tahu la macam mana ghopenya
Widad pun buat yang biasa je guna apa yang ada di rumah. Cuma esen vanila je habis. Ni baru lepas gi Hero Market, tengok rak esen vanila sold out pulak. Gamaknya penangan resepi KA.
ReplyDeleteSaya lihat ini lebih simple drpd resep KA. Ok, nak buat yg ini lah. Puding karamel nih fav suami saya. Biasa yg buat asisten mama mertua. Saya sendiri blm pernah buat. Baca tulisan kakak, JD teringin.
ReplyDelete