Sunday, 22 February 2026

Kisah & Menu 4 Ramadhan


Pukul 7 pg diadakan majlis bacaan Yasin Gexxin. Tersengguk² Ummi πŸ˜… 
Kali ni giliran anakanda Ayyub lead bacaan Yasin. Budak baik, budak pandai ni πŸ‘πŸ»

Lepas Asar hujan lebat. Alhamdulillah sejuk bumi tempat kami tinggal ni. 

Cheeky-dot
Mengalahkan orang puasa :)

Menu sahur: sambal paru Cik Ros, telur dadar dan goreng popia frozen.

Menu berbuka: Ummi masak sayur kobis, kari ayam dan pulut kuning. Teringin nak makan pulut kuning & kari ayam. 

Pulut kuning tu masak dalam rice cooker je. 

Rendam pulut ±30 minit. 
Toskan dan masukkan dalam rice cooker pot. Masukkan serbuk kunyit, daun pandan dan garam secukupnya. Tekan suis rice cooker. Macam masak nasi biasa. 

Untuk air, nisbahnya sama dengan sukatan pulut. Contoh 3 cawan pulut = 3 cawan air (cawan yg sama). Kalau nak lemak, letak santan + air. Macam Ummi masak semalam, sukatannya 3 cawan pulut =  2 cawan santan + 1 cawan air. 

Alhamdulillah lembut elok hasilnya. Cuma kurang masin. Tak reti nak agak garam tu banyak mana nak kena letak. 

Abang dan Kakak buat Murtabak Mini Cheese. Walaupun rupa tak seberapa, tapi sedap rasanya. Good job Abang Kakak πŸ‘πŸ»

Selesai memasak, En Rizal Caterer hantar makanan; Mee goreng dan ayam masak merah. Alhamdulillah mewah rezeki hari ni. 

Nasi goreng Atok Man sedekah kpd yang datang ambil bubur lambuknya. 

Mana yang banyak tu, kita panjangkan sedekah. Ada juga yang Kakak dan Angah bawa balik ke asrama. Ayam masak merah tu Ummi simpan dulu dalam peti ais. Dah ada kari ayam kan... 

Cheese tarts ni pula Walid beli di Prima Sri Gombak. Ada kedai dessert baru buka (satu row dgn Tealive & Kenangan Coffee), owner Melayu. Jadi, singgahlah beli sebagai tanda sokongan. Dengarnya sebelum ni beroperasi di rumah je, sekarang dah mampu sewa kedai alhamdulillah. Moga terus berkembang maju perniagaannya. 












25 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki Ramadan. Pulut tu tanak dalam rice cooker macam masak nasi. Kita orang selalu kukus tak pernah pulak masak macam masak nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun first time buat pulut kuning guna rice cooker Kak Notie. Biasa kukus, kecuali pulut lemak utk makan dgn ikan masin mmg masak dlm rice cooker atau tanak atas api.

      Delete
  2. Alhamdulillah mewah rezeki Ramadhan..mana boleh makan tu kita makan ye PH..mana boleh buat lauk untuk sahur atau berbuka esoknya elok disimpan jangn dibazirkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SA. Nak makan sekali hadap mmg tak habis. Jadi simpan je dulu.

      Delete
  3. Alhamdulillah…rajin anak-anak PH buat murtabak. Rupa tak penting, yang penting ada kesungguhan mencuba. Tapi saya tengok elok hasilnya tu πŸ‘πŸ½

    ReplyDelete
  4. Amboiii majikan tu punya la dia tidur...penat berpuasa agaknya ya....

    ReplyDelete
  5. Cantik kejadian pulut kuningnya tu PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jadi Kak Amie. Cuma tekstur tak sekenyal pulut kuning yg dikukus.

      Delete
  6. Cie pun selalu masak pulut dalam rice cooker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk pulut kuning biasanya kukus. Kalau pulut lemak/tanak tu mmg guna rice cooker

      Delete
  7. Alhamdulillah meriah rezeki berbuka puasa dengan pelbagai juadah. KSarie tumpang happy bila tengok semua gambar ni😊

    ReplyDelete
  8. kemain kau yaaa cheeky-dot smpi kaki ke atas...ntah apa laa yg penat sgt tuuuuu

    ReplyDelete
  9. Sedap tu pulut+kari. Idea sudah mari.
    Teringin nak makan tapi kena buat sikit sebab yang lain kurang.

    ReplyDelete
  10. amboi Cheeky-dot..dah serupa orang puasa hihi..siap kaki tu dah macam penat betul pula gayanya hihi

    ReplyDelete
  11. waaa teliur la plak pulut kuning tuuuu

    ReplyDelete
  12. Wah boleh tiru ni masak pulut kuningacam tu

    ReplyDelete
  13. Sambal paru Cik Ros bikin meleleh.

    ReplyDelete
  14. Kalau ammi risau nak makan pulut waktu bulan puasa sbb risau angin

    ReplyDelete
  15. Suka tgok peniaga yg dri dulu menjual kt rumah. Skrg dah mampu sewa kedai

    ReplyDelete
  16. Belum coba lagi masak pulut kuning dalam rice cooker. Boleh lah nanti saya coba 😍😍.

    Banyak makanan dibagi ya kak. Naah sayapun akan lakukan hal sama . Kalau lagi banyak makanan, sebagian masuk freezer, nanti bisa dipanaskan lagi. JD tak mubazir lah

    ReplyDelete