Kali ni giliran anakanda Ayyub lead bacaan Yasin. Budak baik, budak pandai ni ππ»
Lepas Asar hujan lebat. Alhamdulillah sejuk bumi tempat kami tinggal ni.
Cheeky-dot
Mengalahkan orang puasa :)
Menu berbuka: Ummi masak sayur kobis, kari ayam dan pulut kuning. Teringin nak makan pulut kuning & kari ayam.
Pulut kuning tu masak dalam rice cooker je.
Toskan dan masukkan dalam rice cooker pot. Masukkan serbuk kunyit, daun pandan dan garam secukupnya. Tekan suis rice cooker. Macam masak nasi biasa.
Untuk air, nisbahnya sama dengan sukatan pulut. Contoh 3 cawan pulut = 3 cawan air (cawan yg sama). Kalau nak lemak, letak santan + air. Macam Ummi masak semalam, sukatannya 3 cawan pulut = 2 cawan santan + 1 cawan air.
Alhamdulillah lembut elok hasilnya. Cuma kurang masin. Tak reti nak agak garam tu banyak mana nak kena letak.
Abang dan Kakak buat Murtabak Mini Cheese. Walaupun rupa tak seberapa, tapi sedap rasanya. Good job Abang Kakak ππ»
Selesai memasak, En Rizal Caterer hantar makanan; Mee goreng dan ayam masak merah. Alhamdulillah mewah rezeki hari ni.
Mana yang banyak tu, kita panjangkan sedekah. Ada juga yang Kakak dan Angah bawa balik ke asrama. Ayam masak merah tu Ummi simpan dulu dalam peti ais. Dah ada kari ayam kan...
Cheese tarts ni pula Walid beli di Prima Sri Gombak. Ada kedai dessert baru buka (satu row dgn Tealive & Kenangan Coffee), owner Melayu. Jadi, singgahlah beli sebagai tanda sokongan. Dengarnya sebelum ni beroperasi di rumah je, sekarang dah mampu sewa kedai alhamdulillah. Moga terus berkembang maju perniagaannya.
Alhamdulillah rezeki Ramadan. Pulut tu tanak dalam rice cooker macam masak nasi. Kita orang selalu kukus tak pernah pulak masak macam masak nasi
ReplyDeleteSy pun first time buat pulut kuning guna rice cooker Kak Notie. Biasa kukus, kecuali pulut lemak utk makan dgn ikan masin mmg masak dlm rice cooker atau tanak atas api.
DeleteAlhamdulillah mewah rezeki Ramadhan..mana boleh makan tu kita makan ye PH..mana boleh buat lauk untuk sahur atau berbuka esoknya elok disimpan jangn dibazirkan...
ReplyDeleteYe SA. Nak makan sekali hadap mmg tak habis. Jadi simpan je dulu.
DeleteAlhamdulillah…rajin anak-anak PH buat murtabak. Rupa tak penting, yang penting ada kesungguhan mencuba. Tapi saya tengok elok hasilnya tu ππ½
ReplyDeleteAlhamdulillah dapatlah tambah menu :)
DeleteAmboiii majikan tu punya la dia tidur...penat berpuasa agaknya ya....
ReplyDeleteMengalahkan orang puasa haha
DeleteCantik kejadian pulut kuningnya tu PH.
ReplyDeleteAlhamdulillah jadi Kak Amie. Cuma tekstur tak sekenyal pulut kuning yg dikukus.
DeleteCie pun selalu masak pulut dalam rice cooker.
ReplyDeleteAkk pulut kuning biasanya kukus. Kalau pulut lemak/tanak tu mmg guna rice cooker
DeleteAlhamdulillah meriah rezeki berbuka puasa dengan pelbagai juadah. KSarie tumpang happy bila tengok semua gambar niπ
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki Ksarie.
DeletePandai drama kucen tu!
ReplyDeleteTau takpe π
Deletekemain kau yaaa cheeky-dot smpi kaki ke atas...ntah apa laa yg penat sgt tuuuuu
ReplyDeleteSedap tu pulut+kari. Idea sudah mari.
ReplyDeleteTeringin nak makan tapi kena buat sikit sebab yang lain kurang.
amboi Cheeky-dot..dah serupa orang puasa hihi..siap kaki tu dah macam penat betul pula gayanya hihi
ReplyDeletewaaa teliur la plak pulut kuning tuuuu
ReplyDeleteWah boleh tiru ni masak pulut kuningacam tu
ReplyDeleteSambal paru Cik Ros bikin meleleh.
ReplyDeleteKalau ammi risau nak makan pulut waktu bulan puasa sbb risau angin
ReplyDeleteSuka tgok peniaga yg dri dulu menjual kt rumah. Skrg dah mampu sewa kedai
ReplyDeleteBelum coba lagi masak pulut kuning dalam rice cooker. Boleh lah nanti saya coba ππ.
ReplyDeleteBanyak makanan dibagi ya kak. Naah sayapun akan lakukan hal sama . Kalau lagi banyak makanan, sebagian masuk freezer, nanti bisa dipanaskan lagi. JD tak mubazir lah