Friday, 20 February 2026

Kisah & Menu 2 Ramadhan

Hari kedua puasa penat; cuaca panas terik dan keluar ke sana sini atas beberapa urusan antaranya menghantar dan mengambil anak² soleh di masjid (solat Jumaat). Jammed teruk Masjid Al Khairiyyah. Ada solat jenazah selepas solat Jumaat utk almarhum pakcik yang meninggal waktu solat di Surau Jabal Nur semalam. 

Orang pertama masuk post office 😎
Seronok betul tengok Sri Gombak masih lengang, nikmati sepuasnya hari² tanpa trafic jam

Menu sahur; sup kambing semalam dan ayam goreng kunyit. 

Menu berbuka Ummi masak; pajeri nenas, ayam masak merah dan acar timun. 

Kuih tepung pelita dan murtabak Pak Tam beli di Bazar, buah Melaka Cik Ana bagi. Bubur lambuk lejen Atok Man percuma. Nasi Beriani surau Abang beli, lauk daging masak hitam dan ayam madu Walid beli. Nasi lemak percuma, dari surau. Ada juga bubur lambuk surau. 

Penutupnya, bihun goreng Singapore. Menu moreh di surau malam tadi. 

Alhamdulillah. 

17 comments:

  1. Meriahnya menunya. Macam-macam ada.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    Acar timun tu sedap

    ReplyDelete
  3. Meriah menu berbuka PH. Macam-macam ada.

    ReplyDelete
  4. ada terbaca yg meninggal tu rupanya papa kita kenal juga arwah yg juga AJK masjid khairiah...smlm pn ada menu ayam masak merah sbb kt umh ni masak nasi tomato utk berbuka puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, arwah mantan siak ke bilal di masjid Al Khairiyyah tu.... Rezeki meninggal di bulan puasa

      Delete
  5. Tapi area pos sri gombak tu agak susah parking kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah ni lengang Uncle. Itu yg dapat parking depan² post office tu

      Delete
  6. Wahhh..Meriah menu ni sis..Seronok tgk =)

    ReplyDelete
  7. tepung pelita, faberet. belum berkesempatan ke bazaar ramadhan cari kuih ni. meriah menu, selamat berpuasa

    ReplyDelete
  8. Khairiyyah tu macam nama arwah mama. Sayu je. Oh pakcik tu dari masjid ni ya...bagusnya meninggal time solat. Insya allah kat tempat yang baik untuknya.

    ReplyDelete
  9. Pakcik yg meninggal masa sujud kat gombak tu ke? Mesti ramai yg hadir solat jenazah kan.
    Wahh menu berbuka tu mcm lauk kenduri laa

    ReplyDelete
  10. Ada terbaca jugak pakcik yang meninggal masa sujud tu...innalillahiwainnailaihirojiun...banyaknya menu berbuka....

    ReplyDelete
  11. Apa agaknya amalan pakcik yang meninggal dalam keadaan sujud tu kalau boleh dikongsikan. Semua makanan buat rambang mata😋

    ReplyDelete
  12. Fuhhh... siap pajeri nanas tu.. rajin PH masak. Akak kalau pajeri nanas makan time kenduri je.

    ReplyDelete
  13. Rezeki arwah pakcik tu meninggal di bulan Ramadan, waktu solat pulak tu. Allahu akbar

    ReplyDelete