Wednesday, 18 February 2026

Cuti CNY & Menjelang Ramadhan

Cuti CNY kami ambil peluang untuk buat persiapan sambut Ramadhan, khususnya membersihkan rumah. Semoga jadi amalan yang dilazimi oleh anak⁴ bila depa ada rumah/ keluarga sendiri nanti. 

Manusia dan machines dalam rumah ni semua kena kerahan tenaga 😁 

Yang ni terkecuali, dia mem besaq 😁

Aktiviti wajib...
Kali ni Ummi teka warna baju Melayu Tan Sri hijau emerald atau cream... 

Lepas solat Isyak, kami ke pusat bandaraya KL. Lengang KL malam tu ... Jalan Kuching clear :) 

Lepas isi minyak di PETRONAS tu, singgah tengok cafe milik Nana Mahazan ni, 7barisΨͺ. Blogger Atif pernah makan di sini. Kami sekadar singgah tengok tempat saja. Ada surau cantik Di sebelah kafe ni. 

Bangunan² ikonik; PNB 118, KLCC, Menara KL semuanya dihiasi lampu cantik, warna merah. Cantik belaka... Ingatkan nak singgah di Dataran Merdeka, tapi ramai sangat manusia. Jammed area situ. 

Ni area Sentul...

Penutup, mesti ada makan² :) 
Sedap burger crispy ni tapi yang tak tahan tu lama sangat nak kena beratur. Lagi menambah geram, orang datang kemudian dapat dulu. Haish... 

Hari kedua cuti CNY Sri Gombak masih lengang. Heaven

Lepas Asar ke kubur Tok. 

Walaupun tak kemana cuti CNY ni, banyak jugalah urusan yang dapat dibereskan. Alhamdulillah. 


15 comments:

  1. Di bandar besar lengang, kami di sini pulak yang sesak sana sini di bandar Kangar. Orang balik kampung πŸ˜„

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa

    ReplyDelete
  3. Selamat bercuti dan beristeri tak rehat

    ReplyDelete
  4. Pasti para makhluk berbulu hanya menyibuk saja kan πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Jadi bos lah, tunjuk2 mana yg masih kotor hahahaha

    ReplyDelete
  5. Amboiiii mem besar tuh...rehat je dia yeπŸ˜…Molek kerahan tenaga semua untuk kemas rumah. Cepat siap. Semua pun ada rasa kena saling membantu kan. Damai aje KL di kala ramai balik kampung. Salam Ramadan untuk PH sekeluarga

    ReplyDelete
  6. Kat KL lengang. Ramai ambil peluang cuti panjang keluar dari KL.

    ReplyDelete
  7. Warna-warni bangunan di KL dah rupa kota Dubai heheheee.

    ReplyDelete
  8. minggu ni ramai yg bercuti lagi. minggu depan siaplah, jalan jem teruk!

    ReplyDelete
  9. nama je majikan tapi tak ringan tulang langsung yaaa asik nak zzzz jeee hahahaha

    ReplyDelete
  10. Betul kami pun cuba bersih kemas sebelum datangnya Ramadan.

    ReplyDelete
  11. Cuti CNY SA berlalu begitu sahaja sebab demam teruk tu...plan nak cari baju raya apa segala gagal....tengok la minggu ni kot kalau terdaya

    ReplyDelete
  12. owh.. hari yang PH ronda-ronda KL tu akak ada kat KL juga. Staycation bawa anak-anak jalan.

    ReplyDelete
  13. cuti CNY 2nd day tu MZ bertolak balik kg

    ReplyDelete