Wednesday, 21 January 2026

Photodump Week 3, 2026

Breakfast w Abang. 
Ummi makan nasi berlauk (kari ayam), kenyang sampai tengahari. 

Pajeri Buah Kedondong. 
Buahnya pemberian Cik Minah tempohari. 

Anak soleh #2 ada pertandingan memanah. Mula tu katanya tak nak join, tapi semua kena ambil bahagian. Eloklah, dapat juga pengalaman. 

Bacaan Yasin mingguan. Kali ni Hadi, anak Pakcik Ipin led

Kecoh sekejap di kalangan para bloggers bila mana tiba² tak boleh access blog guna Chrome. Ingatkan phone Ummi yang problem. 2-3x restart phone. Try buka dekat laptop, pun sama. Alhamdulillah masalahnya tak berlarutan. 

Lunch, somewhere near sekolah Kakak. Pilihan lauk tak banyak, tapi masakannya sedap 👍🏻 

Kemas buku² sekolah dan nota² SPM Abang. Jumpa kotak bertulis Peruncingan SPM. Memang meruncing betul situasinya tu :p

Sarapan bihun goreng di pagi minggu. 

Cik Leha bagi nangka pulak... Banyak dah 'hutang' dengan CL ni 🫣

Rezeki jumpa telur ikan mayong lagi alhamdulillah. Kecik je saiznya, selebar 2 jari je kot.  Ummi masak asam pedas kali ni. 

RPN 2026 - Angah dan Adik bakal terlibat. Kita tunggu dan lihatlah what's next kan. So far belum ada perinciannya lagi. 



24 comments:

  1. Baru tau buah kedondong boleh buat masak pajeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy belajar makan ni dari family mertua :) Sblm kahwin buah kedondong pun tak makan, select haha...

      Delete
  2. Kecoh la blogger takleh guna.
    Nasib baik tak berlanjutan isu tu.
    Risau blogger hilang terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk sampai install Microsoft Edge la sbb kat situ boleh masuk hihi

      Delete
  3. Pajeri kedondong? Macam mana uncle tak pernah jumpa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rare Uncle. Sy sblm kahwin orang Jitra pun tak pernah makan pajeri kedondong :)

      Delete
  4. pertama kali dengar pasal Pajeri Buah Kedondong ni. biasa kedondong makan jeruk & air je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang orang masak pajeri kedondong ni, tapi Akk pernah makan. Itu yg buat tu

      Delete
  5. Bila kejadian browser bermasalah tu pun Mrs. A tertinggal ketapi. Syukur dah pulih ya.
    Baharu tahu ada pajeri buah kedondong Mrs. A suka pajeri nenas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumaat minggu lepas Mrs A. Sekejap je tapi cukup buatkan kita panik hihi...

      Delete
  6. Okey ai is jeles PH dah 2 kali tayang telur ikan mayong..kita ni mengidam x dapat2 lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu, ampun² hihi... Ke nak kena bgtau juga pergi pasar pagi tadi jumpa telur ikan mayong lagi 🤗

      Delete
  7. 1st time dgr perkataan peruncingan! biasanya guna utk frasa situasi meruncing hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, rasa pelik bagi kita kan... Peruncitan tahu le ahaha

      Delete
  8. kedondong selalu makan jadi rojak atau jeruk je.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sedap kan? Yg ni dah layu buahnya, nak makan gitu tak sedap. Itu yg Akk masak pajeri tu.

      Delete
  9. kedondong muda ke yang masak ranum tu PH?pertama kali ni tau boleh buat lauk

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh saya tertukar dengan buah kundang,duk terbayang kundang oren tu nak masak pajeri..hahaha

      Delete
  10. tak pernah dengar pajeri buah kedondong ni. yang nenas pun saya tak makan, apatah lagi buah kedondong kikiki.

    kecoh sekejap yg blogger tak boleh bukak tu. pastu cuya whatsapp saya haha

    ReplyDelete
  11. Pajeri Buah Kedondong tu tak pernah tengok dan makan, sedapnya PH. Asam pedas telur ikan mayong pun sama.

    ReplyDelete
  12. Lihat Pajeri, langsung teringat saya ada diksh bumbu Pajeri nanas oleh kak Mulan. Belum saya buat. Memang dah niat mau buat pakai nenas nanti 😄

    ReplyDelete
  13. Peruncingan....apa pula la maksudnya tu?

    ReplyDelete
  14. Pernah makan pajeri kedondong.. sedap juga.

    ReplyDelete
  15. Masalah tak boleh buka tu saya pun sama.. crome kata tak support blogspot kena update .. ignore sekejap pastu dh blh buka semula..

    ReplyDelete