Di sinilah kami menginap selama 3 malam sewaktu ke Langkawi baru² ni.
Sekitar Langkapuri Resort Langkawi, pandangan dari aras 5 hotel. Yang berbumbung hijau chalet, manakala bangunan berbumbung merah tu motel tempat kami menginap. Bumbung kuning tu bar cafe (bukan milik Langkapuri). Nak ke pantai, hanya berjalan kaki.
Jom tengok bilik...
Perabot dan dekorasi nampak dated, tapi secara keseluruhannya semua fasiliti berfungsi dgn baik. Aircond sejuk, penting ni sebab Langkawi panas cuacanya. Air (shower) pun laju, penting juga untuk keselesaan ketika mandi.
Kami pilih apartment 2 bilik sebab hotel takde connecting room kalau tak silap. Kalau hotel tu bangunannya nampak baru.
Ruang tamu dan dapur. Ada singki, peti ais dan sofa serta TV. Abaikan beg merata² tu...kami checked in pukul 10 mlm, semua dah keletihan. Nak bersihkan badan, solat dan tidur je. Makan pun tak nak dah π
Betul² berjiran dengan bar cafe tu. Malam² tu dengar juga bunyi muziknya tapi tidaklah mengganggu sangat, kecuali malam new year tu sampai midnight jugalah muziknya.
Alhamdulillah puashati menginap di sini walaupun adalah serba sikit kekuranganya termasuk kemudahan parkir sangat terhad. Tapi pihak hotel akan uruskan sebaiknya agar kita dapat park kereta dalam kawasan hotel.
Staff hotel sangat² baik, peramah dan helpful ππ»ππ»ππ»
Lokasi pun bonus point juga untuk Langkapuri ni.
LANGKAPURI RESORT LANGKAWI
LOT PT 895, Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang,
07000 Langkawi
Kedah
Langkapuri Resort ni diuruskan oleh The Blanket Hotel yang aktif menguruskan beberapa hotel termasuk De Palma Shah Alam, Bahang Bay Penang dll.
Semoga terus sukses Uncle Paen π€²π»

Nampak melendut tilam tu. Asal selesa tidur ok la. Banyak berjalan je kan malam je nak tidur.
ReplyDeleteBaguih la ada meja dengan kerusi di balkoni... boleh jadi tempat borak2
ReplyDeleteWalaupun kliatan vintage, tp asalkan bersih dan AC dingin, penting memang kak. Apalagi dj daerah pantai yg panas kan. Wajib lah ac dingin πππ
ReplyDeleteKenal owner pengurusan tu.bukan calang2 kenalannya...
ReplyDeleteNampak ok je,lagipun untuk tidur je..siang dah berjalan merata
Seronoknya bercuti ke Langkawi dapat lepak pantai bertambah seronok. Setuju dengan PH lokasi main peranan kalau dapat yang strategik memang terbaik.
ReplyDeleteLast Mrs. A sekeluarga ke Langkawi Disember 2016 lama sangat dah.
Seronoknya tgk bilik ni..Nk kena kumpul pitih ni =D
ReplyDeleteBagus review PH ni. Boleh jadi panduan bagi mereka yg masih mencari tempat utk menginap di Langkawi. Hurmmm, rindu pulak nak ke sana tapi fikirkan nak masuk pulau tu, malasnya.
ReplyDeleteberapa ratenya tu? ok jer biliknya dan best sbb betul2 tepi pantai
ReplyDeleteSiapa Uncle Paen ? Hadir BW
ReplyDeleteMahal x rate diorang PH? SA x ingat plak nama hotel yg kitorang pi dulu..tapi memang kena cross jalan ke pantai Cenang tu...
ReplyDeletedlu kala ms lps kawin honeymoon langkawi ada nmpk langkapuri resort ni
ReplyDeleteBoleh pulak ya bina bangunan rapat sangat gitu, dengan bar cafe pulak tu. Sabar ajelah kan.
ReplyDeleteDuduk area Pantai Cenang ni memang seronok dan mudah dekat segalanya, cuma kena terima kekurangan lain. Kami pernah menginap di Nadias Hotel, pun sama - masalah parking terhad dan jauh di belakang hotel.
Kami duduk dulu tak jauh dari Pantai Cenang. Kami duduk kat Pantai Tengah.
ReplyDeleteNampak selesa dan menarik apartment langkapuri ni. Yang penting aircond sejuk dan ada pemanas air dalam bilik mandi π
ReplyDeleteAsalkan bersih kemas, banyak kemudahan di bilik, memang selesa kan.
ReplyDelete