Tuesday, 16 December 2025

Menyantuni Gexxin

Alhamdulillah ada rezeki Ummi turut serta menyantuni Gexxin semasa anak² ni menduduki peperiksaan SPM. Turn Ummi waktu exam subjek Sains tulen la. 

Ini masa Paper Kimia (4/12). 
Lepas Kertas 1, pihak KSIB akan edarkan air mineral dan bun/roti untuk alas perut. Pihak sekolah hanya benarkan roti/bun sahaja. Itu pun kena tempah dengan koperasi sekolah atau kantin untuk mengelakkan risiko keracunan makanan dsbnya. Air mineral pun disediakan, free flow

Ini Ummi bertugas masa Paper Fizik 8/12. Floss bun menu untuk hari ni. Murid² kelas pure science ni seramai 56 orang saja (2 kelas).

Masa Paper Bio (10/12) Ummi tak dapat hadir. Ada majlis anugerah di SRAI

Ini masa paper Add Math (15/12) semalam. Ada parent sponsor mini sosej bun. Dapat 2 jenis bun la semalam. Kali ni 86 orang, sekali dengan students kelas akaun. 

Sebelum masuk dewan exam, depa berkumpul di luar dewan untuk bacaan doa. Semalam turn Sheikh Abang baca doa. 

Bila anak² masuk dalam dewan peperiksaan, ibu² berkumpul di surau. Ada yang solat hajat, ada yang baca Yasin...

Bila lapar, pergi kantin cari makan. 

Alhamdulillah selesai dah tugasan Ummi. In Sha Allah 23/12 nanti Paper BA, last paper for SPM 2025Semua ibu ayah turun rasanya sebab nak jemput anak² balik rumah for good. Sedih la pulak 🥹


17 comments:

  1. Semoga dipermudahkan adik2 exam. Result cemerlang aamin

    ReplyDelete
  2. kenapa laa zaman sy amik spm x mcm ni...😁

    ReplyDelete
  3. ooo 23/12 yer last paper...moga2 kejayaan mengiringi anak2 kita semua..aamiin

    ReplyDelete
  4. Meriahnya macam2 makanan ada. Sekejap je dah nak habis paper. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang!

    ReplyDelete
  5. Jaman SPM dahulu kala, takdelah dapat makan2 macam ni.

    ReplyDelete
  6. Kuih bun yang sangat lazat tu..alhamdulillah pilihan mana yang kita nak saja kan..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki anak-anak exam. Semuga semuanya dapat menjawab soalan exam dengan cemerlang. Aamin

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki anak anak semua.. Perut tak kosong nak jawab exam..

    ReplyDelete
  9. Semoga cemerlang semua student2 Gexxin....

    ReplyDelete
  10. sedap nampak roti tu. nyumss. good luck anak anak

    ReplyDelete
  11. Untung budak-budak ambil SPM itu makan dan minum terjaga.

    ReplyDelete
  12. Mewah rezeki mereka yang exam ya....Alhamdulilah. Dulu bila Dania masuk dewan je. Ummi tak nak duduk sekolah dah...ummi cari ketenangan kat masjid hijau bangi tu. Buat apa yang patut kat situ. Kalau masih kat sekolah ummi Dania ni berdebar teruk. Ikutkan ada je surau terdekat tapi sebab ummi Dania familiar dengan masjid hijau jadi bawa diri ke situ.

    ReplyDelete
  13. tengok anak2 yang dah habis exam isnin lepas sebak rasa dada,terbayang anak sendiri nnt..sekejap je diaorang ni dah nak masuk alam dewasa

    ReplyDelete
  14. rezeki betul mak ayah bacakan yasin.. semoga kalian beroleh kejayaan ya

    ReplyDelete
  15. Sulaiman sudah merdeka semalam. Itu la. Saya rasa macam mimpi pula, anak dah habis sekolah.

    ReplyDelete
  16. Sekolah Kyra tak dibenarkan ada ibu bapa yang hadir pada awalnya. Tuptup sekolah dpt “lawatan mengejut” dr org Kementerian sbb ada parents yang tak bersetuju hantar surat protes ke kementerian. Huhuhu.

    ReplyDelete
  17. Tadi pun kakak ada cakap anak buah last paper BA 23hb... minggu depanlah baru balik. Sekolah Wafi hari ni F5 ada penyerahan anak².. bolehlah back for good.

    ReplyDelete