Saturday, 20 December 2025

Makan Kenduri @ Kg Sg Buaya, Rawang


Teruja sungguh bila dapat jemputan istimewa dari Cg Azmiza ke majlis perkahwinan anak perempuannya di Kg Sg Buaya, Rawang. Satu, sebab nak meraikan jemputan CA, satu lagi sebab tempat yang jarang sampai. Termasuk yang ini, baru 2x kami ke KSB ni. Kali pertama dulu, datang makan kenduri juga.

Ikut PLUS Highway, keluar Exit Sg Buaya. 
Lebih kurang sejam perjalanan dari SG ke rumah CA ni. 

Lama tak datang area sini. 
Dulu selalu pergi Serendah, tengok²kan rumah Pak Long masa depa sekeluarga ke Manchester. Itu pun ikut jalan dalam, lalu pekan Rawang semua tu. 

Majlis di kediaman Cikgu. 

Hampir pukul 3 baru sampai. Tapi, masih meriah... Ada 2 tempat khemah; satu seberang jalan Sana, satu lagi di halaman rumah CA. 

Lapaq 😅
Urap pucuk ubi + jantung pisang + tauge tu sedapnya. Rasa nak ratah² je... 
Lauk kampung semua sedap² la kan... 

Yang kuning ni jering masak lemak. Ni pertama kali Ummi makan jering. Ambik sikit buat raso². Sedap juga ye. Takde rasa atau bau yang kuat. 

Ada juga sayur keladi (asam rebus).
Rasanya masak pakat (rewang) ni sebab lauk-pauknya citarasa kampung dan walaupun kami sampai dah lambat, tapi tray masih penuh. Kalau catering biasanya hujung², apa yang ada je la kan. 

Pantang la kalau jumpa kek marble, mesti ambik juga seketul dua. 

Laksa pun sedap... Adik habiskan semangkuk sorang dia je :)

Dessert; bubur pulut hitam dan dadih. 

Semuanya sedap² Cikgu 👍🏻

Pasangan raja sehari 

Adat merewang, ada lucky draw untuk ahli rewang. Dekat kampung Ummi pun macam ni juga. Hadiah simple² je tapi seronok bila dapat hadiah tu... 

Door gift...
Dalamnya ada tisu dan jajan 👇🏻

Alhamdulilah, terima kasih banyak Cikgu jemput kami. Tahniah dapat menantu sulong. 

Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 

23 comments:

  1. Pukul 3 pun masih meriah menu tu. Memang banyak betul la menu nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Tak expect juga lauk masih banyak sebenarnya sbb dah lewat kan... Tapi itulah rezeki merasa la lauk kampung sedap² ni alhamdulillah

      Delete
  2. sedap2 belaka mknn tu! MZ will be attending my nephew's wedding 25 dec ni kalau tiada aral..kat ipoh laaa majlisnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ipoh best MZ 👍🏻
      Semoga dipermudahkan urusan wedding your nephew

      Delete
  3. Kek marble dan kek minyak tu sama ke PH?....macam kek minyak pun warna gitu gak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain erk? Sy kalau kek gini panggil kek marble je hihi

      Delete
    2. Bila google kek minyak marble. Kemungkinan besar kek yang sama.

      Delete
  4. Sukaaaa kalau menu2 hasil rewang begini. Dah jarang nikahan yg masih merewang kan. Apalagi dj kota besar, selalunya pakai jasa catering.

    Jering atau jengkol memang sedaaap kak. Saya pun sukaaa sangat 😍🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sekarang di kampung pun juga sudah guna khidmat catering. Cuma kalau ada yg masih merewang itu dikira rare juga.
      Akk belum pernah makan tapi iya benar , sedap rasanya.

      Delete
  5. Bestnya lauk² kenduri dia tu, PH. Dah cuti sekolah ni mesti PH dapat jemputan tiap minggu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah betul amat tekaan SK tu... Semalam dan hari ni gantung piyok kita :)

      Delete
  6. bestnya menu kenduri lauk kampung camni. alhamdulillah datang kul 3 pun masih penuh tray nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otw risau juga takut lauk dah habis. Alhamdulillah ada rezeki kami menikmati lauk² sedap ni

      Delete
  7. Ya Allah lauk yang jarang jumpa. Lepas itu masih ada lagi lauk-lauk itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki Kami NA. Sampai lewat pun masih banyak lauk pauknya.

      Delete
  8. Kalau pegi kenduri kahwin memang cari menu2 kampungan macam ni

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... Sedapnya.. Jarang jarang dah jumpa lauk kampung macam ni kan PH. Biasa ayam masak merah, daging hitam.. Lauk kampung pun yang selalu Nani jumpa masak lemak nenas ikan masin.

    ReplyDelete
  10. Wahhhhh rezekinya dapat makan lauk pauk kampung semasa kenduri kahwin. Umur-umur macam KSarie ni memang craving lauk macam ni sokmo. Pukul 3 pm masih meriah kendurinya.

    ReplyDelete
  11. Bagusnya lama time kenduri tu sampai petang....lauk pauk pun nampak sedap tu...asam rebus keladi..uiiiii...kena ngan ikan masin...memang menambah la...

    ReplyDelete
  12. Kalau kat sini, pergi kenduri jam 3, banyak lauk dah habis. Alhamdulillah, sedap tengok lauk-pauk kg. Saya tak pernah makan jering, PH. 😊

    ReplyDelete
  13. sedapnya lauk2 kampung.. MA kalu dpt ni, memang excited la kan..menu rare..

    ReplyDelete
  14. Pergh!! Sedap betul lauk kendurinya.. Meriah cuti ini dengan kendurikan.. Tahniah buat kedua mempelai dna juga keluarganya..

    ReplyDelete
  15. makaihhhh... macam-macam menu nya.. suka lah kalau gini.

    ReplyDelete