Teruja sungguh bila dapat jemputan istimewa dari Cg Azmiza ke majlis perkahwinan anak perempuannya di Kg Sg Buaya, Rawang. Satu, sebab nak meraikan jemputan CA, satu lagi sebab tempat yang jarang sampai. Termasuk yang ini, baru 2x kami ke KSB ni. Kali pertama dulu, datang makan kenduri juga.
Dulu selalu pergi Serendah, tengok²kan rumah Pak Long masa depa sekeluarga ke Manchester. Itu pun ikut jalan dalam, lalu pekan Rawang semua tu.
Hampir pukul 3 baru sampai. Tapi, masih meriah... Ada 2 tempat khemah; satu seberang jalan Sana, satu lagi di halaman rumah CA.
Urap pucuk ubi + jantung pisang + tauge tu sedapnya. Rasa nak ratah² je...
Lauk kampung semua sedap² la kan...
Yang kuning ni jering masak lemak. Ni pertama kali Ummi makan jering. Ambik sikit buat raso². Sedap juga ye. Takde rasa atau bau yang kuat.
Rasanya masak pakat (rewang) ni sebab lauk-pauknya citarasa kampung dan walaupun kami sampai dah lambat, tapi tray masih penuh. Kalau catering biasanya hujung², apa yang ada je la kan.
Semuanya sedap² Cikgu 👍🏻
Adat merewang, ada lucky draw untuk ahli rewang. Dekat kampung Ummi pun macam ni juga. Hadiah simple² je tapi seronok bila dapat hadiah tu...
Alhamdulilah, terima kasih banyak Cikgu jemput kami. Tahniah dapat menantu sulong.
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
Pukul 3 pun masih meriah menu tu. Memang banyak betul la menu nya tu
ReplyDeleteItulah... Tak expect juga lauk masih banyak sebenarnya sbb dah lewat kan... Tapi itulah rezeki merasa la lauk kampung sedap² ni alhamdulillah
Deletesedap2 belaka mknn tu! MZ will be attending my nephew's wedding 25 dec ni kalau tiada aral..kat ipoh laaa majlisnya
ReplyDeleteIpoh best MZ 👍🏻
DeleteSemoga dipermudahkan urusan wedding your nephew
Kek marble dan kek minyak tu sama ke PH?....macam kek minyak pun warna gitu gak....
ReplyDeleteLain erk? Sy kalau kek gini panggil kek marble je hihi
DeleteBila google kek minyak marble. Kemungkinan besar kek yang sama.
DeleteSukaaaa kalau menu2 hasil rewang begini. Dah jarang nikahan yg masih merewang kan. Apalagi dj kota besar, selalunya pakai jasa catering.
ReplyDeleteJering atau jengkol memang sedaaap kak. Saya pun sukaaa sangat 😍🤭
Betul, sekarang di kampung pun juga sudah guna khidmat catering. Cuma kalau ada yg masih merewang itu dikira rare juga.
DeleteAkk belum pernah makan tapi iya benar , sedap rasanya.
Bestnya lauk² kenduri dia tu, PH. Dah cuti sekolah ni mesti PH dapat jemputan tiap minggu tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah betul amat tekaan SK tu... Semalam dan hari ni gantung piyok kita :)
Deletebestnya menu kenduri lauk kampung camni. alhamdulillah datang kul 3 pun masih penuh tray nya
ReplyDeleteOtw risau juga takut lauk dah habis. Alhamdulillah ada rezeki kami menikmati lauk² sedap ni
DeleteYa Allah lauk yang jarang jumpa. Lepas itu masih ada lagi lauk-lauk itu.
ReplyDeleteRezeki Kami NA. Sampai lewat pun masih banyak lauk pauknya.
DeleteKalau pegi kenduri kahwin memang cari menu2 kampungan macam ni
ReplyDeleteAlhamdulillah... Sedapnya.. Jarang jarang dah jumpa lauk kampung macam ni kan PH. Biasa ayam masak merah, daging hitam.. Lauk kampung pun yang selalu Nani jumpa masak lemak nenas ikan masin.
ReplyDeleteWahhhhh rezekinya dapat makan lauk pauk kampung semasa kenduri kahwin. Umur-umur macam KSarie ni memang craving lauk macam ni sokmo. Pukul 3 pm masih meriah kendurinya.
ReplyDeleteBagusnya lama time kenduri tu sampai petang....lauk pauk pun nampak sedap tu...asam rebus keladi..uiiiii...kena ngan ikan masin...memang menambah la...
ReplyDeleteKalau kat sini, pergi kenduri jam 3, banyak lauk dah habis. Alhamdulillah, sedap tengok lauk-pauk kg. Saya tak pernah makan jering, PH. 😊
ReplyDeletesedapnya lauk2 kampung.. MA kalu dpt ni, memang excited la kan..menu rare..
ReplyDeletePergh!! Sedap betul lauk kendurinya.. Meriah cuti ini dengan kendurikan.. Tahniah buat kedua mempelai dna juga keluarganya..
ReplyDeletemakaihhhh... macam-macam menu nya.. suka lah kalau gini.
ReplyDelete