Sewaktu Walid dijemput ke majlis penutup Kem Pengawas di Kem Rimba Tamu, Batang Kali ni. Jadi Ummi pun ikutlah sama, sebagai peneman dan mamarazi :)
Pernah ke Batang Kali beberapa kali tapi bukan bahagian yang menghala ke Genting Highlands ni. Jadi, semestinya Ummi teruja nak explore tempat baru.
Suka sangat kalau lalu jalan yang penuh kehijauan kiri dan kanan gini... Ditambah pula ada pemandangan bukit bukau 💚
Rupanya di Batang Kali pun ada Kg Kuantan. Ingatkan di Kuala Selangor je...
Mesti nyaman je dekat kampung ni kan...
Kampung Ummi suatu masa dulu pun sejuk, keliling rumah banyak pokok dan hutan.
Dah sampai... Semua ni kereta cikgu², takde guest luar selain SRAI. Bumbung merah tu dewan makan (open air).
Buah dan pucuknya boleh dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Ummi pernah buat kerabu pucuk beka.
Suasana macam kawasan rumah kampung. Ada banyak pokok dan bentuk rumah tu pun macam rumah² di kampung. Bahagian bawah tu dewan, atas pula dorm puteri. Yang cat biru tu bilik air dan bilik mandi puteri. Merasalah anak² Ummi berdua tu mandi di bilik air luar rumah.
Bahagian atas tu dilengkapi katil double decker untuk peserta tidur.
Rumah yang ada kereta merah tu berpenghuni. Mungkin ni kawasan rumah sebenarnya, sebelum didirikan beberapa infrastruktur seperti dewan makan untuk melengkapkan kem. Di seberang jalan utama juga kawasan kem. Terpisah sikitlah. Kata anak² cikgu² perempuan tidur sebelah sana. Mungkin ada bilik/chalet. Belakang rumah tu ada sungai. Seronok kan....
Budak² (peserta) beli aiskrim. Terus terkenang nostalgia zaman kanak²... Berlari² kejar motor aiskrim :)
Selesai majlis penutup, Ummi Walid solat Zohor dulu kemudian minta diri la. Gegirls nak balik naik bas. Nanti jemput depa kat sekolah. Eloklah tu, Ummi Walid boleh dating ahak!
Cantiknya Kem Rimba Tamu. Tenang dan santai aje kalau kembali ke alam semulajadi ni ye. Terapi minda dan mata
ReplyDeleteBetul Ksarie, hilang serabut & segala masalah, wpun untuk seketika :)
DeleteTenang je nampaknya kat situ. Ada sungai pulak....
ReplyDeleteAda sungai, tapi tiada aktiviti air utk murid².
DeleteMmg kesempatan la tu nk dating kan PH.. mst x lepaskan peluang berdua.. lagipun xde lah risau walidnya driving sengsorang
ReplyDeleteSelagi boleh hihi...
DeleteMerata ada Kg Kuantan. Cie hari tu pergi Sekinchan terkejut jugak ada nama Kg Kuantan.
ReplyDeleteKan... Byk tempat juga ada Kg Kuantan ni.
DeleteBack to nature betul tempatnya. Aman damai tengok, penuh kehijauan.
ReplyDeleteBetul Nur. Tengok pokok² pun hati jadi sejuk je...
DeleteEhh ada Kg Kuantan, di Klang pun ada. Monyet tu suka betul buat circus pada kabel letrik kan. Kita yang seriau tengok.
ReplyDeleteIye? Banyak tempat rupanya Kg Kuantan ni ye... Sy pun baru tahu hihi
Deletetenang dan damai kawasan sekelilingnya. mmg sesuai sgt jd tmpt utk program.sebegini
ReplyDeleteBiar budak² ni rasa suasana kampung :)
Deleteview hijau...sejuk nyaman tenang sgt
ReplyDeleteSeronok kan MZ... Teringat kampung
DeleteSaya pun sukaaa lihat lokasinya. Terasa vibe tenang, sejuk. Memang sesuai utk kem begini ❤️❤️
ReplyDeleteIye Fanny, nyaman bangat
DeleteBestnya kem ni...suasana kampung dan tenang aje...
ReplyDeleteBetul SA... Rasa macam balik kampung hehe
Delete