Alhamdulillah rezeki pagi Ahad minggu lepas, dapat beli telur ikan mayong. Lama sungguh tak jumpa telur ikan mayong ni di pasar SG ni. Rezeki orang lain barangkali.
Telur baru dikeluarkan dari perut ikan.
Elok Mas letak atas penimbang, datang seorang pelanggan tanyakan telur ikan mayong.
Ummi awal sikit je :)
Sebelah kiri tu telur ikan tenggiri, ambil la sekali. Harga semua ni dalam RM24.00.
Sementara pekerja Mas nak siang ikan dan potong ayam Ummi pergi beli sayur. Nampak Bawang Siam Cantik. Cantik tu tak tahulah namanya Bawang Siam Cantik atau nak menggambarkan kondisi bawang² yang elok ni. Tak beli pun, pilih bawang merah biasa je sebab Bawang Siam Cantik ni harganya berganda dari harga bawang merah biasa.
Cara nak masak telur ikan mayong ni, tunggu kuah mendidih dulu baru masukkan telur ikan. Kemudian sambil² masak tu, siram²kan kuah atas telur supaya telur masak elok. Ada juga yang rebus dulu telur ikan ni. Terpulang ye.
Alhamdulillah, pada perkara yang nampak kecil begini pun hati dah sangat bahagia. Dapat beli dan masak telur ikan je tapi hati berbunga². Bahagia itu letaknya bukan pada sesuatu yang mewah dan besar tapi pada hati yang bersyukur. Kan?
Murahnyaaaaaa harga telur mayong tu, PH. Dekat sini tak dapat dah harga RM24. Kecur tengok telur mayong dalam gulai mendidih.
ReplyDeleteItu la rezeki kita SK. Dengar penjual tu kata ada yg jual RM60/kg huhu
DeleteTelur mayong tu tak pernah jumpa pulak...mungkin sebab tak cari....tapi suka juga masak gulai cam PH masak tu....
ReplyDeleteTelur ni sedap buat masak asam pedas juga Ezna 😋
DeleteAduhai PH.... tadi petang ajak Encik Suami cari telur ikan mayong di Pantai Remis. Sayangnya terlewat pula keluar dari Lotus Kuala Selangor sebab hujan. Hari dah senja, Encik Suami tak boleh memandu malam. Tetuslah kami balik rumah. Esoklah cuba nasib cari telur mayong.
ReplyDeleteCuba sampai dapat Kak Amie :)
DeleteAlang² balik Malaya hehe
Cantik? Fuh... mata seni betul.... hehehe
ReplyDeleteCantik la Uncle, bersinar² tu 😂
Deletesedapnya telur ikan tu..fresh nampak.
ReplyDeleteMZ tak reti mkn telur ikan mayong..tak pernah mkn lagi so far
ReplyDeletetelur ikan mayong tk pernh mkn
ReplyDeleteWaaaa....pagi pagi nampak gulai teloq ikan depa...bikin lapaq nasi la PH
ReplyDeletewarghhhh sedapnyaaaa
ReplyDeletebiasa kalau mkn telur ni mama sy msk asam pedas je
Alaaa..jeles nya..SA ni ngidam telur ikan mayong lama dah...susah nak jumpa kat sini...
ReplyDeleteUish.. Murahnya.. Sedap pula nengok telur tu selepas dimasak.. Lama tak makan..
ReplyDeletePernah makan dua kali telur ikan mayong masak asam pedas. Sedap.. Susah nak jumpa yang mentah apatah lagi kedai yang ada menu telur ikan mayong ni..
ReplyDeletemacam tu rupa dia masa mentah.. tak pernah tengok :D
ReplyDeleteni fav ayah saya. saya tak reti makan sangat
Selalu tengok orang share telur mayong masak asam pedas. Teringin nak cuba tapi takde rezeki lagi nak merasa.
ReplyDeleteNampak pun fresh telur ikan tu...
ReplyDeletenak hulur pinggan tapi mesti dah habis kan 😆