Monday, 1 December 2025

Kakak ~ Result PSRA


Alhamdulillah keputusan PSRA dah diumumkan Khamis 27/11 lepas. Alhamdulillah keputusan PSRA Kakak seperti diharapkan walaupun masa exam hari tu dia demam pada hari pertama dan kedua.

Secara keseluruhannya, murid yang mendapat pangkat mumtaz dan jayyid jiddan masing² meningkat. Alhamdulillah. 

Pengiraan markah PSRA ni tinggi, untuk mumtaz setiap subjek kena skor 90% ke atas. Jumlah markah setiap subjek dicampur kemudian dibahagi dgn 5 (purata). Markah yang dipuratakan ni akan tentukan pangkat. Kalau ada 1 subjek jayyid jiddan pun ada harapan untuk dapat pangkat mumtaz sekiranya markah 4 subjek lain tinggi². Angah dulu 4 subjek mumtaz + 1 JJ dapat juga mumtaz alhamdulillah. 

Kalau mumtaz semua subjek dipanggil mumtaz sofi (mumtaz gemuk kata Cik Ita 😁). Maksudnya semua subjek dapat markah 90% dan ke atas. 


Pagi tadi diadakan majlis penyerahan keputusan PSRA untuk murid² Tahun 6. 

Mumtaz 54 orang. 
Kakak, Izz, Nuha & Nurin (4/6 Adidas members) Mumtaz alhamdulillah. Dua lagi pangkat jayyid jiddan. Tahniah semua! 

Lain² pangkat. Tetap dipanggil naik ke pentas seorang demi seorang, diraikan semuanya tanpa pilih kasih. Terima kasih pihak sekolah 👍🏻

Alhamdulillah selesai bab PSRA. Dah ada result PSRA ni bolehlah mohon untuk ke sekolah² JAIS. Permohonan dah dibuka lama, tapi nak kena tunggu result PSRA dulu baru boleh submit. Semoga ada rezeki Kakak dan kawan² ke sekolah impian masing² 🤲🏻


22 comments:

  1. tahniah kakak,moga sentiasa cemerlang...acik tertunggu2 ummi update,bila result keluar haritu teringat dekat kakak mesti Mumtaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tq sis 🤲🏻
      Smlm baru sekolah buat majlis, itu yang baru update ni 😁

      Delete
  2. tahniah semua.. moga sentiasa cemerlang dalam exam2 yang akan datang

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah kakak dan kawan-kawan dapat result cemerlang, Mumtaz.
    Eh, tarikh tu 27/11 sebab 27/12 belum lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tq Fiza
      # tarikh Akk dah betulkan, tq bgtau 🫰🏻

      Delete
  4. Alhamdulillah..aunty SA tumpang happy untuk kakak...tahniah kakak..tahniah PH & EH jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tq SA. Kenang kami dlm doamu selalu 🤗

      Delete
  5. Tahniah! Kat Lipis ni takde PSRA. Setakat UPKK je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PSRA ni utk murid Selangor je Cie. KL dipanggil UPSRA.

      Delete
  6. tahniah kakak...smoga trus cemerlang

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..
    Tahniah kakak... SAMBEST dalam tangan.
    SBP/MRSM pun tak lama lagi keluar result.
    Insyaallah ada rezeki kakak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tq Kak...
      SAMBest dia tak nak, prefer MITS sbb ada hafazan. Doakan ye Kak 🤗

      Delete
  8. Alhamdulilah..tahniah kakak...insyaAllah, dapat tu sekolah yang dipohon...ramainya Mumtaz..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tahniah kakak! 👏🏻👏🏻 Walaupun demam dan tak sihat masa exam tapi still score jugak 😄

    ReplyDelete