Wednesday, 19 November 2025

Week 46, 2025

Week 45 ✅
Week 46: 12/11-18/11/2025

RABU Belek² pokok di luar rumah, nampak pokok belimbing buloh sedang lebat berbunga. Alhamdulillah sekarang kerap hujan, lekatlah buah harapnya. 

KHAMIS Hujan lebat masa ambil Kakak. Adik tak sekolah, kurang sihat. 

JUMAAT Pemberian dari Cik Tah alhamdulillah. Tersentuh dengan kata² dia, "Ikutkan ada 10 orang lagi (ipar duainya tinggal berdekatan) Sy boleh bagi, tapi Sy teringat dekat Akk" 🥹

Begitulah konsep rezeki, kalau sudah tertulis untuk kita, akan sampai kepada kita. 

SABTU Seawal pagi dah keluar rumah, ada majlis istimewa. Belum sempat nak up entry

AHAD Sorang basuh ayam, sorang siang ikan. Alhamdulillah rasa ringan kerja Ummi, tinggal nak masak je. Tq Angah & Kakak 🫰🏻

ISNIN Hujan lebat betul hari ni, air naik lagi di sekitar sekolah. Kami tak terlibat sebab sepanjang UPKK anak² selain darjah 5 balik awal. 

SELASA Dari pagi hujan tak berhenti. Risau hati Ummi takut air naik lagi di sekolah jadi keluarlah sejam awal. Alhamdulillah sampai di sekolah hujan dah berhenti dan matahari mula kelihatan. 

24 comments:

  1. Macam dah nak sampai musim buah belimbing buluh nampaknya tu. Lebat bunganya.
    Pagi ni pun hujan lebat. Musim hujan sekarang ni kan. Risau tu kalau air naik banjir kilat. Semoga tak ada perkara buruk berlaku.
    Alhamdulillah rezeki orang memberi, kita merasa.
    Bagusnya adik beradik membantu ummi kat dapur. Dapatlah Ummi rehat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah mula berputik Fiza buah belimbing buloh tu...
      Musim tengkujuh dah mula agaknya kan, hujung² tahun ni
      Alhamdulillah rezeki

      Delete
  2. Cantik kan bunga belimbing. Kat rumah ni tengah fasa berbuah, busuk, jatuh ke tanah.

    Kat sini pun hujan sejak awal pagi. Sekarang renyai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy suka warna dia PU...lawa sangatttttt
      Alhamdulillah bila hujan sejuk sikit bumi ...

      Delete
  3. Sekarnag balik kerja memang hari- hari hujan lebat...sampai kat Seremban pun hujan...

    ReplyDelete
  4. memang lebat betul hujan last few days..syukur pg ni ch cerah ada matahari kat gombak/uia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la tempat kita MZ... Hari ni tak hujan tapi gerimis sekejap pagi tadi

      Delete
  5. Dah beberapa hari dalam minggu ni setiap hari hujan lebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nieyl, musim tengkujuh dah mula agaknya

      Delete
  6. oo bila musim hujan belimbing besi makin banyak berbuah.
    Selasa kot yang asben akak balik lagi lewat dari biasa sebab ada kawasan naik air kat area Gombak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok² buah suka air agaknya, bila musim hujan rancak berbunga dan berbuah Kak.
      Betul ada kawasan air naik

      Delete
  7. banayak tempat dah hujan lebat.. kiranya dan pun masuk permulaan musim tengkujuh.. cantik bunga belimbing buluh, lama dah tengok. kat kg saya tak dak dah banyak yang kena tebang pokoknya..

    ReplyDelete
  8. Pokok belimbing buluh akak beli pokoknya dan tanam kat kg baru-baru ni balik kg pokoknya dah mengering mati lah pulak huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh sayangnya .. pokok sy ni semai biji, alhamdulillah 2-3 pokok tumbuh dan berbuah. Ada bagi jiran tanam juga sbb tak cukup space.

      Delete
  9. Kalau air naik memang kita risau takut kita tak leh redah je nanti kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau bab air satu hal, trafik pun akan jadi luarbiasa sesak itu. Itu yang tak tahan tu :(

      Delete
  10. Isnin tuhari tengok berita Gombak banjir kilat terus teringat kat PH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, banyak tempat area Gombak ni naik air hari tu :(

      Delete
  11. Sini tiap petang hujan, ambik budak UPKK mmg hujan lebat je setiap hari.. dh musim dh kan?

    ReplyDelete
  12. ya betul. isinin hari tu mmg lebat. risau juga sy kalau2 tersangkut nak pergi / balik kerja

    ReplyDelete
  13. Aiiiih airnya nampak naik tinggi yaa 😱. Semoga tak menjadi banjir 🙏

    ReplyDelete
  14. Anak2 ammi belum ada yg pandai menyiang ikan or ayam. Suruh kyra bersihkan ayam alaahiii geram je kita tgk cara dia geli2 pegang ayam tu. Siap kamu lepas habis SPM ni…ammi suruh abah train dia

    ReplyDelete