Monday, 17 November 2025

UASA 2025

Alhamdulillah berlalu sudah UASA Adik, Kakak dan Angah. Back to back anak⁴ exam... 

UASA SRAI bermula 27/10 dan berakhir pada 6/11. 

Tapi, UASA kali ni lebih santai 🀭
Kakak 27hb exam, esoknya takde exam. Murid D6 terlibat dengan Majlis Khatam Al Quran Perdana anjuran JAIS, serentak semua SRA/ SRAI. Sambung lagi exam 2 hari, lepas tu Jumaat takde exam pulak. Rehearsal dan prep untuk Majlis Apresiasi Tahun 6 pulak. Subjek agama pula dah takde exam, guna result trial PSRA je. 

Adik pun sama. Celah² exam tu ada pula rombongan sekolah. Masa suntuk, sebab sesi persekolahan tahun ni kan singkat. Itu yang selit je mana yang boleh. 

Angah pun UASA juga...

3/11-14/11

Murajaah untuk ujian Hifz. 

Nanti bila nama dipanggil mengadaplah guru² halaqah untuk tasmik. Semoga cemerlang ye Angah & Acrux semua 🀲🏻

Sekarang ni fasa dapat paper (result). Adik Kakak banyak dapat dah result yang dapat. Angah baru satu, kertas Sejarah. 

Untuk Kakak, dah mula aktiviti Pasca Tahun 6. Ada LDK, hafazan Al Mulk, ativiti masak² dsbnya. Batch sebelum² ni ada praktikal sembelihan ayam, tahun ni takde pula
 Mungkin sebab clashes dengan UPKK. 


Jadual UPKK 2025. 

Selamat menduduki UPKK 2025 untuk semua. Rasanya anak Cie dan anak Linda antara yang ambil UPKK tahun ni. 

All the best


18 comments:

  1. Minggu exam la untuk anak2 ni ya....Moga berjaya hendaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Back to back dgn SPM yang dah mula juga. Minggu ni ujian amali & mendengar.

      Delete
    2. Cepat pula batch SPM mereka ni PH. All the best dan dikurniakan ketenangan untuk menjawab soalan exam. Kalau mendengar tu harap2 speaker kat dewan tu ok lah dan tak ada masalah.

      Delete
  2. Tertarik bila baca ada praktikal sembelihan ayam, bagus sangat. Sayangnya batch Kakak tak buat pulak kali ni ya, tapi tetap menarik ada aktiviti masak-masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah PU... Tahun ni masa suntuk, ada beberapa program terpaksa dibatalkan.
      Hari ni nak buat sandwich tu, habis diangkut plastic gloves Ummi utk bagi kawan² πŸ˜…

      Delete
  3. Alhamdulillah..lega satu perkara. Semoga berjaya untuk semua calon peperiksaan.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih PH..anak kak Mim pun sama.. eh, mcm dah masuk U pula, selang² hari examnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ye... Anak kakmim, anak Mama Yan yg kembar tu ... Semoga cemerlang utk semua 🀲🏻

      Delete
  5. Bila masuk hujung sesi akademik, mak mak sama naik busy. anak nak exam, majlis solat hajat, camping, jamuan, hari kanak-kanak... Semoga mak mak semua sihat dan kuat.

    ReplyDelete
  6. Anak- anak buah SA dan Dania pun minggu exam...Dania minggu ni last..Jumaat dia balik sebab Sabtu nak pi family day kat Putrajaya

    ReplyDelete
  7. All the best buat kakak dan kawan2 yang menduduki UPKK πŸ˜ƒ

    ReplyDelete
  8. Upkk ini ujian akhir kan ya kak? Termasuk SPM, cuma beda level kan yaa? Semoga anak2 yg tengah ambil ujian, dimudahkan selalu pikirannya dalam menjawab soalan. Diterangi ingatan ketika belajar dan menjawab soal

    ReplyDelete