Saturday, 1 November 2025

Recap ~ Week 43, 2025

Week 43: 22/10-28/10/2025

RABU Hantar Abang balik asrama. Hamper  menang persembahan (#3) masa Kem Rehlah Minda dua hari sebelumnnya tu usung bawa balik ke asrama pulak, nak berbahagi dengan rakan² yang terlibat. 

KHAMIS Angah PDPR hari pertama 💪🏻 

JUMAAT PDPR dari dalam kereta sampai ke masjid 😅 
Balik dari solat Jumaat ni la Angah bawa balik apam kampung dan kerepek seaweed tu. Rezeki jemaah masjid Al Khairiyyah ni lumayan sokmo. Ramai Infaq makanan di hari Jumaat. 

SABTU Abang antara 40 pelajar yang Cg Azlin pilih untuk sertai Seminar BM di UIAM. Sebelum tu Walid hantar kasut dan belikan sedikit makanan dan minuman untuk makan dalam bas. Kasut tu tertinggal masa hantar balik asrama Rabu lepas. 

AHAD Selain bawa nasi bungkus untuk Abang, bawa juga kek birthday Kakak, sambut awal dengan Abang. 

ISNIN Angah masih  PDPR,  Walid WFH sempena ASEAN Summit 28/10. 

SELASA Patutnya WFH 2 hari tapi 2nd day Walid kena masuk ofis, ada meeting dengan boss subsi. Balik tu LRT tergendala. Sepatutnya kena naik feeder bus dari LRT Wangsa Maju ke Terminal Gombak sebab train stop dekat WM, then patah balik hala Kelana Jaya. Berkat dahulukan solat Maghrib agaknya, alhamdulillah bila turn Walid train dah back to normal, terus ke TG. 

7 comments:

  1. My ariff plak this coming week pdpr seminggu..sek buat jadual gitu gilir2 utk yg tak terlibat dgn spm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, esok dah start UBBM sbb tu ada sekolah buat PDPR.

      Delete
  2. Next anak2 buah akan ramai yg tidak ke sekolah sempena SPM, PDPR rasanya...

    ReplyDelete
  3. Good luck anak yang ambil paper SPM ya

    ReplyDelete
  4. Minggu lepas anak exam Sekolah Kebangsaan.. minggu turn sekolah agama pulak exam.. gud luck pada semua..

    ReplyDelete
  5. Naik train macam tu lah, kadang ada hari tergendala.

    ReplyDelete