Saturday, 22 November 2025

Kenduri Atok Kamar

Alhamdulillah rezeki makan kenduri lagi hari ni... Kali ni jemputan dari jemaah surau Atok Kamar, jemput kami sekeluarga ke kenduri akikah cucunya. 

Kami pergi lepas Zohor. Majlis di dewan komuniti. Dengan yakinnya, Walid cakap dekat Dewan Pak Din. Sebab Pak Din, driver van sekolah diorang masa di Pasti dulu pernah buat kenduri di dewan tu, terus Pak Din dapat nama ahahaha... Cucu #10 ni kalau tak silap. 

Sampai di dewan tu, kosong! Dah la Atok Kamar jemput mulut je, memang takde kad jemputan apalah nak rujuk pun... Masa patah balik tu barulah perasan, ada khemah dekat dewan satu lagi.

Ummi ambil nasi tomato kali ni... Lauk ayam goreng berempah dan kambing masak ala² kari tapi bukan. Sedap 👍🏻 

Tapai pulut.
Tapi tak pasti daun apa yang digunakan utk bungkus tapai tu. Katanya tapai ni dibawa khusus dari Melaka. 

Sedap sangat! 
2 bungkus sekali hadap ☺️

Lepas tu Walid ambil laksa semangkuk. Walid makan sikit, Ummi sikit... sampai turn Adik, dia hirup sampai nak licin :D 
Sedap betul laksa tu... Gambar pun lupa ambil. 

Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi atas jemputan. Didoakan adik Izzul Qayyum membesar dgn sihat dan sentiasa dlm lindungan-Nya. 

Selain jemputan dari Atok Kamar ni kami ada satu lagi jemputan di Wangsa Maju, tapi tak dapat hadir. Apapun terima kasih Mama Aina yang jemput kami ke kenduri tahlil & akikah anjuran keluarga mereka. 

18 comments:

  1. Nasib baik jumpa majlis di dewan lain.
    Tidak silap saya itu daun rambai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq info NA... Sy Google juga sama ada daun rambai atau daun ketapang.

      Delete
  2. samada daun rambai atau daun ketapang .. agaknyelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ustaz, sy Google ikut komen Ustaz ni nampak gambar tapai dgn daun begini.

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah. Paling best tak payah masak MZ hehe

      Delete
  4. Kira besar-besaran jugak majlisnya, buat di dewan. Mujurlah jumpa dewan yang betul ya, kalau tak melepas PH nak merasa tapai pulut sedap 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata besar tu tidaklah sangat, tapi meriah hehe ...
      Itulah, dah pusing tu baru perasan ada orang ramai² dekat Dewan komuniti tu. Rezeki kan :)

      Delete
  5. Saya pun tak tahu nama daun ni. Kalau di Sabah ada yang bungkus tapai gunakan daun kelapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya daun rambai atau daun ketapang Kak Amie, berdasarkah komen kawan² Kita 👆🏻
      Tapai daun kelapa sy tak pernah jumpa. Arwah mak saya dulu bungkus tapai dgn daun keladi.

      Delete
  6. Ada tapai pulut..kenduri kat sana mesti ada tapai pulut ya..

    ReplyDelete
  7. Suka juga tapai. Makan dengan ice cream pun sedap. Ni sebab pernah merasa kat kenduri di Dewan Felda.

    ReplyDelete
  8. nasib baik jumpa jugak majlis akikahnya

    ReplyDelete
  9. Kalo di sini tapah dibungkus dengan daun Jati kak. Agak2 mirip dengan daun di atas.

    ReplyDelete
  10. Suka betul kalau tapai tu dibungkus dalam daun.. Lagi sedap rasa dia..

    ReplyDelete
  11. Rezeki PH sekeluarga selalu dapat undangan ke kenduri kahwin/akikah/tahlil 😄

    ReplyDelete
  12. Nasib baik x jadi lebai malang ye...rezeki x salah alamat tu PH...

    ReplyDelete
  13. Mujurlah jumpa dewan satu lagi tu. Alhamdulillah dapatlah merasa nasi kenduri orang jemput makan. Sedap nasi tomato tu. Biasa gandingan dia ayam masak merah. Macam kari tapi bukan ek. Agaknya masak apa lah tu.
    Bestnya ada tapai pulut.Saya pun tak pasti daun apa tu. Biasanya orang guna daun getah. Seronok dapat merasa makanan sedap-sedap.

    ReplyDelete