Lama dah kejadiannya, bulan 9 hari tu. Baru up entry sebab baru Angah bagitahu dah dapat result acara Explorace & Istiqomah Sunnah Nabi yang disertainya.
Konon nak surprise kan dia, sekali kami yang surprise. Kena sidai sebab dia tengah join Explorace ni 😅
Team dia dapat #4. Hadiah RM40. Diorang bahagi 6 orang, dapat RM6/seorang. Baki RM4, sedekah ke tabung surau. Sweet kan 😊
Lagi satu dia dan kawan² menang juga Drama Spontan. Ummi lupa sempena apa dan apa hadiahnya.
Angah ni rajin masuk pertandingan² begini jika ada kawan. Dia jenis kawan dengan semua orang, mana² geng dia boleh masuk. Satu lagi, dia suka cari peluang. Kalau ada program yang dia rasa dia boleh sertai, dia sendiri akan pergi cari guru atau murid yang terlibat untuk bagi nama (regi). Jenis berdikari orangnya.
Lagi satu sebab Ummi peram entry ni sebab sijil belum dapat. Ingat nak simpan di blog sebagai kenangan. Angah kata Ustaz Syaraf (Penyelaras F2) hutang 3 sijil dengan dia. Kena follow up la tu...
Bagi sama rata. Ada lebih bagi sedekah. Comel je 😄
ReplyDeleteBudak sekolah agama 🤭
DeleteTahniah angah and the geng
ReplyDeleteTahniah Angah. Rajin dan pandai bergaul.
ReplyDeletepengalaman berharga buat Angah .
ReplyDeleteTahniah Angah 👏🏽
ReplyDeleteBagus anakanda PH rajin join aktiviti.
Dapat pulak kawan-kawan yang bagus - hadiah bagi sama rata, siap sedekah lagi 👍🏽
Tahniah Angah.....bagus ni aktif masa kat sekolah....
ReplyDeleteSijil pun boleh hutang ek, hahaha. Tahniah, Angah. Berani orangnya. Dia macam tu la, sekali dah join, memang tak lepas peluang bila ada peratnadingan yang lain, sebab dah tahu cara.
ReplyDeleteSijil belum siap la kot hehe.
DeleteTahniah Angah dan team.
ReplyDeleteAlhamdulillah aktif angah.
ReplyDeleteGood job Angah!
ReplyDeletebagusnya angah! pro active dan gigih! terbaekkk
ReplyDeletebagusnya angah. nanti dah masuk U, mesti rajin join aktiviti sana sini!
ReplyDeleteTahniah Angah! Kena rajin dan aktif join aktiviti2 sihat macam ni.
ReplyDeleteBagus dah amalkan amalan bersedekah di usia muda ni...apapun congrats Angah
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih semua 🌹
ReplyDelete