Wednesday, 1 October 2025

Wedding Pakcik Aina @ Dewan Komuniti Batu Muda

Dijemput oleh Aina (bff Adik) ke majlis perkahwinan bapa saudaranya Sabtu lepas. Majlis diadakan di Dewan Komuniti Batu Muda. Bulan Ogos hari tu pun makan kenduri anak bongsu Hj Yusof di sini juga. 

Sampai serentak dengan rombongan pengantin, dapatlah tengok depa bersanding.

Aina dan sepupunya Azra melayan Adik. 
Kedua²nya satu sekolah dengan Adik. 

Ada ayaq asam kerisek 😍
Agak rare la ayaq asam kerisek ni dihidang dalam set nasi minyak. Selalunya ayaq asam kerisek ni dimakan bersama nasi daging. 
Selain tu ada pajeri nenas, ayam masak merah dan lauk daging serta papadom. 

Teh O pekat

Kuih-muih yang sedap²...
Kalau di rumah, kuih lapis tu makan selapis demi selapis baru feel tapi di tempat kenduri tak boleh la buat gitu kan :) 

Doorgift pun rare ye...
Pertama kali kami dapat tepung goreng serbaguna ni. Jenama Pak Lah ni pun tak pernah jumpa. Tapi berdasarkan alamat pengilang, ianya beralamat di Muar. 

Produk bumiputera 👍🏻

Sekali lagi terima kasih buat Aina sekeluarga atas jemputan. Dapat juga Ummi berkenalan dengan Mama Aina yang ramah sangat orangnya. 

Selamat Pengantin Baru buat Akmal & Liyana 🩷
 



26 comments:

  1. Baarakallahu lakuma... zaman budak-budak dulu saya makan kuih lapis tu buka selapis-selapis..hehe nostalgia.

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai, semoga dikurniakan perkahwinan yang sakinah mawaddah warahmah 💞

    ReplyDelete
  3. Menariknya doorgift mereka bagi. Kreatif kan sekarang ni macam2 boleh bagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dapat door gift gini, functional :)

      Delete
  4. Sayapun makan kuih lapis ikut lapisan. Haah saya tak pernah jumpa ayaq asam kerisik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan selapis selapis tu lebih nikmat hehe... Kalau belah Utara biasa jumpa air asam kerisek tu NA .

      Delete
  5. pernh attend wedding cousin husband kt sini...selamat pengantin baru utk kedua mempelai..rare door gift tu..tepung goreng serbaguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh MT pernah sampai sini juga... Kita pun 1st time dapat TGS ni

      Delete
  6. Hahahahaha samaaaa cara kita makan kue lapis kak 😄😄. Selapis2 laaah. Dulu saya pikir tiap warna akan berbeda rasa, padahal sama saja 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Rasa sama aja kan, cuma warna saja beda :)

      Delete
  7. Mungkin trend juga air asam kerisik kat kenduri sekarang. Pergi wedding anak kawan pun ada cuma takde lah nasi daging masa tu. Tapi still sedap lah walau takde gandingannya sebab ada lauk lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak. Kenduri lain Sy pergi pun ada air asam kerisek juga. Okay je diregukan dgn nasi minyak pun, tak muak sbb ada rasa pedas² masam dari air asam tu.

      Delete
  8. menarik door giftnya....macam- amcam idea sekarang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu² tak terfikir pun kan akan idea² bagi barang gini as door gift. Tapi PH suka, dapat barang yg boleh digunakan di dapur :)

      Delete
  9. Kalau makan kuih lapis, selapis demi selapis tu lama lagi kita duduk situ. Dania masa kecik makan kuih lapis cara gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Dekat majlis orang tak boleh la buat gitu kan... Naya tetamu lain nak tunggu habis makan hihi

      Delete
  10. Selamat pengantin baru kepada mereka berdua..makan nasi minyak..

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi dapat doorgift tepung gorengan..lain dr y lain yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Eqin, rare. Akk pun baru 1st time dapat door gift TGS ni.

      Delete