Sunday, 12 October 2025

Rezeki dari Kebun

Bukan dari kebun sendiri, tapi dari kebun jiran ☺️

Mula² Bik bagi Pisang Tanduk 2 biji. 

Kemudian esoknya Bik hantar pula kacang botor dan limau kasturi. Segar² ye, buah baru dipetik. Juicy

Kacang botor ni Ummi buat kerabu, campur bersama pucuk ulam raja. Tumbuk bawang merah, cili merah/padi, biji lada hitam dan isi ikan rebus hingga lumat. Masukkan kelapa sangai dan tumbuk lagi serta perasakan dengan garam. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas dan gaul bersama hirisan ulam raja dan kacang botor. Dah sebati semuanya, cukup rasanya perah limau kasturi dan gaul sebati. Seronok dapat manfaatkan pemberian jiran. 

Hasil kebun Ummi pun ada ye... 

2 biji cili merah benih campak² :) 

Sebut pasal jiran ni, semalam kami ada mesyuarat jiran². Tahniah kepada Pengerusi dan AJK yang baru dilantik. Terima kasih kepada AJK lama yang telah berkhidmat dengan cemerlang. 


Kami suami isteri tak dapat hadir, ada program lain di sekolah Abang. Apapun kami support mana yang perlu dan patut. 



32 comments:

  1. Cukup masak elok pisang tanduk untuk digoreng.
    Hasil campak-campak pun menjadi cili tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang tanduk mmg sedap digorengkan.. .
      Bolehlah Kak, ada juga hasil hihi

      Delete
  2. Terus manfaatkan. Hehe alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, rezeki .. pisang tanduk bikin pengat pun sedap

    ReplyDelete
  4. SA pun Sabtu ari tu petik cili hasil dari campak2 biji cili kering..hehehe...seronok kan...la ni tengah merimbun pokok kunyit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan.. walaupun tak banyak tapi ada hasil tu yg seronok tu. Daun kunyit buat alas bakar ikan pun best

      Delete
  5. bagus komuniti nie..linda balik Tronoh hari tu, rasa macam jiran semua tak mesra pun..kikiki...jiran sebelah kiri,kalau hari cuti memang takde kat rumah..jiran belah kanan, dah pindah keluar sebab tuan rumah kata nak jual rumah tu. jiran sebelah lagi, tiap2 petang menyiram pokok, tapi nak tegur pun takot..sebab macam garang je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Linda, pelan²... Senyum² je dulu tengok reaksi diorg macamana. Akk dulu setahun juga baru bertegur sapa dgn jiran India tu. Bukan sombong tapi segan ☺️

      Delete
  6. Pisang tanduk tu goreng cicah cili kicap sedapnya...

    ReplyDelete
  7. Terus terbayang pisang goreng πŸ˜‹

    Saya belum pernah cuba campak biji cili, kot campak tak tumbuh apa…mau kecik hati πŸ˜†

    ReplyDelete
  8. Urap atau kerabu di atas saya sukaaaa sangat. Mama sering buat. Ratah begitu saja pun dah sedap 😍😍. Baiknya Jiran kakak.... πŸ‘πŸ‘.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul, ratah² pun sedap. Dan sihat juga kan!

      Delete
  9. Alhamdulillah rezeki. Pisang tu paling menambat mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy suka limau kasturi tu Kak, boleh buat air πŸ˜‹

      Delete
  10. Rezeki berkebun..pasti tidak mengecewakan..

    ReplyDelete
  11. Hasil cili kebun (bukan campak2 tp pokok beli siap) ammi kontot2 je.

    Psssttt ammi tak kenal pun jiran2 selain nenek sebelah dan jiran India selang serumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kontot² pun pedas kot Ammi...
      Alhamdulillah tempat kami saling mengenali dan mesra.

      Delete
  12. Petik terus dari kebun ni best tauu ..satu terapi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terapi dan rasa satu pencapaian jugak kot. Kepuasan tu lain kan

      Delete