Saturday, 18 October 2025

Rezeki dari Bukit

Cik Leha singgah di rumah... 

Alhamdulillah, dihulur seplastik sayur berisi kacang botor, terung telunjuk dan peria katak sebiji. Semuanya segar bugar sebab baru dipetik di kebun atas bukit. Selain pokok² bunga, depa juga ada tanam sayur. 

Antaranya petola. Besar dah petola ni, dah boleh petik dah ni.. Ada juga kacang panjang, cili, serai, terung dsbnya.

Lunch tu terus Ummi hidang ulam² pemberian Cik Leha ni. Terung Telunjuk tu kukus dalam rice cooker. Sekali jalan dengan masak nasi. 

Alhamdulillah. 

22 comments:

  1. Alhamdulillah, dapat makan sayur fresh baru petik.

    ReplyDelete
  2. Sedap nya fresh²... Timun tu nampak menggoda betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timun tu beli Linda... Sayur wajib ada dlm peti ajaib hihi

      Delete
  3. Dedapnya ulam2an.. Cicah sambal belacan.

    ReplyDelete
  4. segar betul semua hasil tanaman tu

    ReplyDelete
  5. Seronok nya dapat hasil fresh...boleh buat ulam...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki bestnya segar2 semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Orang memberi kita merasa ☺️

      Delete
  7. Sambal belacan kat sebelah ke tu😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib la Kak :D
      Ulam tanpa sambal belacan ibarat gulai tanpa garam :p

      Delete
  8. Sukanyaaaaa lalapan sayur macam ini 😍😍😍. Saya bersyukur sejak kecil dipaksa makan lalapan / ulam oleh mama. Awal tak suka, tapi skr malah sukaaa sangat. Apalagi makan dengan sambal belacan kan 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk kecik² dulu tak berapa makan sangat ulam, dah dewasa ni baru belajar makan pelbagai jenis ulam. Sekarang takde ulam, tak sedap pula makan nasi :D

      Delete
  9. Rezeki tempat riadah ye…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tumpang merasalah Ammi... Diorang rajin menanam.

      Delete