Monday, 20 October 2025

Menu Deepavali ~ Chicken Peratal


Sempena hari istimewa untuk masyarakat India ni, Ummi pun ambillah vibe Deepavali tu untuk masak lauk kaum India iaitu Chicken Peratal. Ummi cuba resepi Dr Malar; Tiktoker/influencer yang terkenal tu. 

CHICKEN PERATAL
Sumber/Kredit: Dr Malar

Bahan²
½ ekor ayam 
1 biji kentang - didadu
2 pek Rempah Sup Ikan Adabi 


1 biji bawang besar - dihiris 
5 ulas bawang putih*
Halia sebesar ibu jari - ±2 inci* 
Daun Kari 
Tomato - potong kecil 
2 sudu besar serbuk kari ayam/daging 
2 sudu besar serbuk cili 
1 sudu teh serbuk kunyit 
Garam dan serbuk perasa secukupnya 
* Kisar bersama sedikit air (jadikan pes)

Cara² 
1. Buka pek Rempah Sup Ikan Adabi. Asingkan bunjut dan rempah ratus (4 sekawan, daun salam & buah pelaga). Basuh rempah² ni. 
2. Kemudian, gunting bunjut dan keluarkan bahan² dlm bunjut dan tumbuk/kisar halus (tanpa air) rempah²nya. 

3. Satukan ayam dan kentang yang telah didadu dalam satu bekas. Masukkan rempah kisar tadi bersama serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam dan gaul sebati. Tambah sikit air supaya ayam dan rempah² bergaul sebati. Perap selama 30 minit (simpan dalam peti ais). 
4. Panaskan minyak sapi/minyak masak dan tumis rempah 4 sekawan, daun salam, buah pelaga tadi hingga naik bau. 
5. Masukkan bawang besar yang telah dihiris dan bawang putih + halia yang telah dikisar. Tumis hingga bawang layu. 

6. Masukkan tomato dan daun kari. Tumis hingga tomato betul² layu. 
7. Masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan air sikit demi sedikit. Chicken Peratal ni tak berkuah tapi Dr Malar kata kalau suka kuah, boleh lebihkan air. 
8. Perisakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Bila semua dah sebati, ayam dah empuk boleh tutup api. Masa memasak ±45 minit kata Dr Malar. 


Ummi guna pressure cooker, (stir-fry mode) sebab malas nak jaga api dan takde non-stick periuk/kuali. 10 minit kedua Ummi tutup periuk, supaya cepat empuk ayam dan kentangnya. Kakak tolong Ummi masak ni... 

Alhamdulillah sedap dan elok hasilnya...

Tak sabar nak rasa, makan dengan roti canai dulu 😁

Selain Chicken Peratal, masak juga menu lain yang bertemakan Bollywood 🤭👇🏻

Dr Malar sebut Acar Timun Tomato. Ummi hentam je buat salad timun & tomato, letak plain yoghurt dan jus limau kasturi. Nampak rupa sama macam yang Dr Malar hidang sekali dengan Chicken Peratal ni. 

Peria Goreng ala mamak...
Peria Katak hasil kebun Cik Leha + stok dalam peti ais.

Ikan Goreng Berempah - perap dengan baki perapan ayam + kentang 👆🏻

Appalam. Wajiblah kena ada kan... Kakak tukang goreng. Approved

Alhamdulillah, kenyang. 
Licin nasi sepiyuk hasil kerjasama 6 beranak 😂 














32 comments:

  1. Eqin pernah tgk resepi dr malar share..yer dia kena Guna bunjut sup ikan tu..Belum pernah try to memanggg nmpk sdpp...hihi tahniahhh pH rajin yerr

    ReplyDelete
  2. Lama sudah tak makan papadom. 😲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beli la BK, goreng makan dgn nasi sedap 😋

      Delete
  3. Perghhh..menu yang sedap belaka.. Bebetul vibes perayaan Deepavali ekk!

    ReplyDelete
  4. tengok pada foto tu , macam dah jadi dah..tambah lagi jika ada rakan bangsa india try rasa dan kata 👍 .. tahniah.. rajin yer.. ambik vibe diwali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat makan anak beranak, bolehlah Ustaz 🤭

      Delete
  5. Menu PH selari dengan Deepavali la. Menu macam ni mungkin ada kat kedai mamak kan....peria goreng tu saya suka tapi tak reti nak bagi dia tak pahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas dah hiris, rendam dulu peria dlm air garam ±30 minit sblm nak masak Ezna. In Sha Allah kurang pahitnya

      Delete
  6. Perghhh.. ni betul² menu Deepavali, hihihi.

    ReplyDelete
  7. Inilah yang SA dan Dania nak buat, x jadi buat sebab left over lauk banyak plak...bahan dah ada...tgok la esok lusa baru buat..wah jadi ye...kami pun nak ikut Dr Malar punya resepi..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...sedap nampak tu...
    bila2 nak cuba lah, tapi...nak tunggu rajin tu bila ye.. hahaha

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. PH gaul dengan tepung serbaguna je LM. Try la

      Delete
  10. kalo alas daun pisang mkn nasi tu ..mmg dh mcm kt restoran ala2 banana bro..mmg sesuai sgt tema deepavali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good idea MT. Lenkali kita buat. Ada je pokok pisang jiran, boleh kot minta sikit daunnya hehe

      Delete
  11. Masya-Allah, rajin sungguh ni, masak vibe Deepavali. Nampak sedap sungguh chicken peratal tu. 😋 Saya ada teringin juga nak masak ayam masala. Tapi bila tengok bahan-bahan rempah ratus yang banyak, terus tak jadi. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la chicken Peratal ni Nur, senang je 🤗

      Delete
  12. Sedapnya PH. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap. Boleh try resipi dekat blog PH ni nanti 😄

    ReplyDelete
  14. ui...tengok menu ....memang ingat salah masuk rumah ni....memang menu Deepavali ni😍

    ReplyDelete
  15. Woww.. tema masakan Bollywood. Complete pulak tu.

    ReplyDelete
  16. Terbayang sedapnya kak 😍😍. Saya sukaaaa makanan India ini, tp sayangnya di JKT tak banyak restoran India . Dan yg saya coba blm ada yg seenak restoran India di Malaysia. Mungkin Krn di sini kaum India tidak ramai juga. Makanya tiap kali ke Malaysia, pasti puas2kan makan di kedai mamak 😄. Tp agaknya chicken paratal ini tak pernah saya coba

    ReplyDelete
  17. Wahhh jarang ammi dgr org melayu sebut Appallam…biasa sebut papadem. Kalau yg acar timun tu ammi biasa panggil Raita

    ReplyDelete