Monday, 13 October 2025

Hari Kanak² SRAI 2025

Tema Kartun Animasi untuk tahun ni. Tahun lepas tema kerjaya. Tapi takde paksaan. Boleh pakai baju raya sebagai pilihan lain. 

Mula tu Ummi ingatkan Adik Kakak tak berminat nak pakai ikut tema animasi ni, rupanya dua² nak tapi pakat senyap je. Kenalah perah otak untuk realisasikan keinginan depa. Cumanya Ummi guna je apa yang sedia ada dan tak usah pening kepala. Kakak selesai PKSK tu barulah mula buat persiapan. 

Maka, terhasillah Yaya untuk Adik. 
Acik Nurul tanya, Yaya bawa cookies tak? Ahaha... 

Untuk Kakak, effort lebih sikit. Dia nak jadi Sailor Moon (Minako Aino, better known as Sailor Venus). 

Ummi gunting kain felt then lekatkan cloth tape untuk stripe tu. Collar baju ke apa ntah panggil ni. 

Adik tolong buatkan reben merah tu tapi Kakak tak nak pakai yang ni. Dia pilih reben Ummi buat πŸ‘‡πŸ»

❤️πŸ–€πŸ’šπŸ€

Makanya terhasillah Sailor Moon versi Muslimah ☺️

Ada pelbagai acara menarik termasuk Pertandingan Pakaian Beragam. Tr Faiz suruh Kakak join, sebab dia sorang je pakaian Sailor Moon tapi Kakak tak nak. Yaya pulak memang ramai yang pakai. Paling ramai geng Demon Slayer esp si Tanjiro.
(Tanjiro Kamado
is a fictional character and the main protagonist of Koyoharu Gotouge's manga series Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba). 

Ummi bukannya kenal pun watak² ni, duduk bersembang dengan budak² lelaki darjah 3 sementara tunggu Kakak habis bergambar dengan Geng Adidas dia barulah tahu sikit². Maaflah, zaman Acik dah berlalu πŸ˜†

Yaya bersama Nezuko, adik Tanjiro. 
(She is the younger sister of Tanjiro Kamado, one of the two remaining members of the Kamado family, and an informal member of the Demon Slayer Corps). 

Geng ADIDAS; Sailor Venus, Cinderella Ampang, Red Riding Hood, Spider Girl, Sae (Sae is a prodigy football player, who is known as the best player in Japan) dan player bola tampar, anime juga. Memang zaman diorang ni zaman anime la ye. 

Red Riding Hood tu menang tempat ke-3 pertandingan pakaian beragam. Congrats Danisha sayang! 

October babies potong kek birthday. Setiap kelas bawa kek masing². Sebelah Kakak tu Tanjiro. Kalau nampak budak² pakai baju hijau hitam camni, itulah Tanjiro ye acik² 🫣

Kek kelas Adik. 

Adik Kakak takde menang apa² kali ni. Tapi setiap murid diberi hadiah...

Alhamdulillah semua merasa dapat hadiah. 








24 comments:

  1. Saya cuma kenal Sailormoon πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita NA. Yang anime semua tak kenal 😁

      Delete
  2. Yaya ni mesti dalam Boboboi kan.....sailormoon ni kartun dulu dulu yang mata dia besar bersinar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ezna. Yaya kawan Boboi Boy tu :)
      Saya tahu Sailor Moon tapi tak kenal karakternya. Banyak rupanya geng dia 😁

      Delete
  3. Sumpah x kenal karakter kartun..hehehe...anak2 buah SA kadang borak pasal karakter SA diam je..dengar je..x berani nak menyampuk kang salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyelah Dania dah besar panjang, takdelah SA nak follow kartun² ni kan 😁

      Delete
  4. bagusnya effort kakak utk pakai ikut tema tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la... Ingatkan dah darjah 6 tak nak pakai beragam² ni hehe

      Delete
  5. wah kreatifnya.. saya pun sama langsung tak tahu watak2 tu.. maklumlah bukan zamannya.

    ReplyDelete
  6. Acik ketinggalan bab watak anime ni.
    Kreatif PH, guna apa yang ada untuk menyerupai pakaian anime. πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang duit nak sewa kostum Nur 🀭 Kita jadi kreatif la, nak pakai pun sekali ni je.

      Delete
  7. Acik ni pun agak ketinggalan watak anime. Seronok tengok semua ceria.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah hasil perah otak anak beranak πŸ˜‚

      Delete
  9. Saya pun minat sailormoon! Yg demon slayer tu ramai jugak budak2 suka, sebab bulan 8 haritu keluar movie latest. Tu pun saya minat gak hehe

    ReplyDelete
  10. Kyra pun peminat anime. Dia tak layan korea kpop bagai, tp anime.

    ReplyDelete
  11. saya tak tengok anime, jadi memang tak tahu sangat. Tapi Nezuko tu tahu sebab anak anak main game demon slayer

    ReplyDelete
  12. Kreatifnya PH buat kostum utk anak2 πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» setakat ni sekolah anak2 saya tak pernah lagi buat majlis bertema macam ni. Kalau ada pun tema baju tradisional je 😬

    ReplyDelete
  13. Mesti meriah nii .. dgn kostume² anime lagi

    ReplyDelete
  14. bagus buat aktiviti/ program mcm ni..seronok murid2

    ReplyDelete
  15. Yaya memang paling mudah buat kostumnya, Krn berhijab πŸ˜„. Saya paling tak kreatif lah kak kalau buat kostum cosplay begini 🀣.

    ReplyDelete